Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Larian Belia Malaysia 2019  pada
Published on: Tuesday, July 16, 2019
By: Ottey Peter
Text Size:

Larian Belia Malaysia 2019  pada
KOTA KINABALU: Alumni Majlis Belia Malaysia Sabah dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Negeri akan menganjurkan Larian Belia Malaysia 2019 buat julung kalinya.

Kira-kira 2,500 pelari dijangka akan mengambil bahagian dalam acara itu yang akan diadakan pada 21 September dari jam 6 pagi hingga jam 11.30 pagi di Stadium Hoki Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Acara itu diadakan sempena sambutan Hari Belia Peringkat Negeri yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada belia Sabah untuk bersatu menerusi aktiviti sukan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Phoong Jin Zhe berkata acara itu adalah penting untuk memperkasa belia di Sabah.

Beliau berkata apabila belia diperkasa, mereka mempunyai peluang untuk memberi impak positif terhadap kehidupan mereka sendiri dan kehidupan individu lain serta masyarakat. 

“Sambutan Hari Belia adalah peluang keemasan untuk kita menjadikan sesuatu yang memberi inspirasi dan motivasi kepada anak muda di Sabah. 

“Memperkasa belia bermakna untuk memahami dan melaksanakan idea dan pendapat jujur mereka dan menghormati suara belia,” katanya semasa kunjungan hormat Alumni Majlis Belia Malaysia Sabah di bangunan Muis di sini pada Isnin. 

Phoong turut menggesa semua persatuan terutamanya dalam pembangunan belia untuk bekerja bersama memperkasa belia di Sabah.

Turut hadir ialah Presiden Alumni Majlis Belia Malaysia Sabah Datuk Juhari Jenab.

Beliau berkata akan ada tiga kategori larian dengan 5km, 10km serta kategori orang kelainan upaya.

“Yuran penyertaan ialah RM60 untuk ahli Persatuan Belia dan RM70 untuk orang ramai dan layak mendapat baju kemeja, pingat dan sijil.

“Selain daripada hadiah tunai untuk pemenang, semua peserta juga layak mendapat cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik,” tambahnya.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here