Wanita lindungi PTI didenda RM10,000
Published on: Tuesday, July 16, 2019
By: Cynthia D Baga
KOTA KINABALU: Seorang ibu anak enam berumur 52 tahun didenda RM10,000 kerana membenarkan dua pendatang tanpa izin tinggal di premisnya.
Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu kepada Rusni Tera seleps dia mengaku bersalah terhadap dakwaan ke atasnya pada Isnin.
ADVERTISEMENT
Mahkamah memerintahkan Rusni membayar RM5,000 atau tiga bulan penjara untuk setiap pendatang tanpa izin terbabit.
Rusni didapati membenarkan dua warga Filipina berumur 22 dan 21 tahun tanpa dokumen sah di Restoran Maimunah Café di KK Taipan, Inanam, di sini pada 26 Jun 2018.
Kesalahan di bawah Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sebanyak RM30,000 atau kedua-duanya sekali untuk setiap pendatang tanpa izin terbabit.
Semasa mitigasi, Rusni yang tidak diwakili meminta hukuman ringan mengatakan dia telah berkahwin dan mempunyai enam anak.
ADVERTISEMENT
Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Muhd Shafiq Amin dari Jabatan Imigresen menggesa mahkamah mengenakan satu hukuman setimpal.
Mahkamah mendengar bahawa penguatkuasaan imigresen menjalankan pemeriksaan di premis itu dan menemui dua warga Filipina tanpa dokumen sah di premis itu.
ADVERTISEMENT
Siasatan mendedahkan bahawa Rusni merupakan pemilik premis itu dan dia membenarkan warga asing itu berada di sana.
Sementara itu, empat wanita dan dua lelaki dipenjara lima bulan setiap seorang kerana melakukan kesalahan imigresen.
Norhida Moksin, 40, Juhaira Walid, 27, Heraton Hain, 55 dan Nor Walid, 37, mengaku masuk ke negeri ini tanpa sebarang dokumen dan mereka ditangkap pada 4 Julai.
Sementara La Madi, 49 dan Irsan Mohamad, 21, mengaku bersalah tinggal di negeri ini selepas pasport mereka tamat tempoh.
Selepas selesai menjalani hukuman penjara mereka, keenam-enam mereka diperintahkan untuk dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk data biometrik mereka direkodkan sebelum dihantar pulang.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Asisten Superintendan Polis Sabrina Jinus mendakwa.