Tue, 23 Apr 2024

HEADLINES :


150 penduduk Ranau nikmati faedah dari inisiatif RanhillPower
Published on: Wednesday, July 17, 2019
Text Size:

150 penduduk Ranau nikmati  faedah dari inisiatif RanhillPower
RANAU: Lebih 150 penduduk kampung di Kg Walou Ranau di sini, boleh menikmati bekalan elektrikl, terima kasih kepada inisiatif Ranhill Powertron Sdn Bhd (RanhillPower).

Syarikat tersebut membina sebuah sistem 10kW Micro-Hydro-Solar Hybrid yang mana dirasmikan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Isnaraissah Munirah pada Sabtu lepas.

Beliau memuji usaha RanhillPower untuk membawa kemudahan yang sangat diperlukan ke kawasan itu, dan berharap inisiatif itu akan terus diberikan di tempat lain di seluruh Negeri ini.

“Kita sangat bernasib baik hari ini bahawa keputusan RanhillPower untuk menubuhkan sistem ini mampu membekalkan elektrik kepada 25 rumah di kawasan itu.

“Kami juga berterima kasih kepada Pusat Komuniti Wanita yang telah menyelesaikan pembinaannya di sini. Ini akan memberi ruang bagi penduduk kampung terutamanya wanita untuk menganjurkan aktiviti mereka, “katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin berkata kini masih terdapat banyak kampung di daerah ini yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik  dan mengesa pihak berkuasa berkaitan membantu menyelesaikan isu ini.

Ketua Pegawai eksekutif RanhillPower, Ir Dr Zahrul Faizi Hussien berkata sistem 10kW akan membekalkan kepada lebih 150 penduduk sebagai sebahagian daripada inisiatif Hijau dan Tenaga boleh diperbaharui Syarikat tersebut.

“Ranhill Powertron Sdn Bhd (RanhillPower), merupakan syarikat subsidari Ranhill Holdings Berhad, menyumbang kepakaran yang mana memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat tempatan tetapi juga alam sekitar.

“Selaras dengan fokus RanhillPower terhadap pembangunan inisiatif Hijau dan Tenaga Boleh Diperbaharui, syarikat itu telah membina sistem Hybrid-Hydro-Solar Hybrid dengan kapasiti 10kW di sini.

“Tahap pelaksanaan telah bermula pada awal 2018 dan projek itu telah mencapai Tarikh Operasi Komersial (COD) pada April 2019,” katanya.

Zahrul menambah bahawa projek itu dibiayai melalui Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) di bawah MESTECC.

Di samping itu, beliau berkata RanhillPower juga bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan tempatan yang dikenali sebagai Tonibung untuk mengenal pasti tapak yang sesuai untuk cadangan projek pembangunan elektrik melalui sistem Hybrid-Hydro-Solar.

“Selain tanggungjawab sosial dalam membangunkan infrastruktur elektrik kepada masyarakat luar bandar, RanhillPower juga memainkan peranan dalam pembangunan Tenaga Hijau dan Boleh Diperbaharui di Malaysia.

“Selaras dengan usaha Kerajaan dan matlamat untuk mencapai 20 peratus daripada Tenaga Hijau dan Tenaga Boleh Diperbaharui di Malaysia menjelang 2025, projek itu akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Tonibung, Senator Adrian Banie Lasimbang, Pegawai Daerah Mohd Yassin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif RanhillPower Datuk Hj Harun Hj Ismail, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Paginatan (UPPM) Hishamuddin Harun serta wakil agensi kerajaan tempatan. – Clarence GD





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here