Larry Ben Masawat mahu terus berkarya
Published on: Thursday, July 18, 2019
By: Joy Bruno
Penyanyi Larry Ben Masawat yang kini dikenali melalui lagunya Pointopot Langadon Diya mahu terus mengatur langkah dalam arena hiburan tempatan dan bakal melahirkan satu lagi lagu baru dalam masa terdekat.Menurutnya lagu Pointopot Langadon Diya telah tersenarai dalam carta Bontugan Sinding SabahVFM dan akan ke peringkat akhir pada Ogos ini.ADVERTISEMENT
“Lagu tersebut adalah hasil ciptaan saya sepenuhnya dan telah menjalanai rakaman di T.U.N.I Microstudio milik Herris Yutui, kini ia sering dioutarkan di stesen radio KupiKupiFM, Sabah VFM dan Sabahfm.
“Lagu berdurasi empat minit lima saat itu mengisahkan tentang rasa rindu terhadap seseorang yang berjauhan dan akan setia menanti kepulangan sang kekasih.
“Sebenarnya lagu ini dicipta pada 2016 bersama dengan beberapa lagu lagi bertajuk Iya Songulun Kopusanku, Mitatabang, Suang Ginawoku dan Sumandak Pitas. Dan lagu yang sedang popular sekarang ini adalah Pointopot Langadon Diya,” katanya.
Penyanyi berasal dari Kampung Mantus Darat Kota Marudu ini juga memberitahu, selain mencipta lagu sendiri dia juga mencipta lagu untuk beberapa penyanyi tempatan lain antaranya Selvianus Timbun.ADVERTISEMENT
“Terima kasih kepada penyanyi-penyanyi ini kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk jadi komposer lagu mereka.
“Terkini saya ada cipta satu lagu lagi yang diberi tajuk Amu Kotongkiad dan akan menjalankan rakaman dalam masa terdekat di Benn Studio.
ADVERTISEMENT
“Saya sebenarnya menyimpan hasrat untuk berduet dengan penyanyi Mar jika ada peluang kerana saya sangat mengkagumi suara dan bakatnya.
“Dan jika ada kelebihan dari segi kewangan, mungkin saya akan buat mini album untuk memuatkan semua lagu-lagu saya pada masa akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai arena seni tempatan di Sabah, Larry tidak menafikan ia semakin berkembang.
“Kalau boleh kita naikkan lagi hingga ke tahap yang lebih tinggi dan hak cipta kita sentiasa terjaga seperti yang di diperjuangkan oleh Asmin Mudin.
“Di sini saya mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada RTM dan DJ SabahVFM dalam siaran Dusun, juga kepada KupiKupiFM, SabahFM, Herris Yutui pemilik T.U.N.I Microstudio kerana banyak membantu saya dalam mengetengahkan karya-karya saya.
“Terima kasih kepada keluarga yang selalu memberi sokongan terutama ibu, ayah, isteri tercinta yang banyak memberi sokongan dan tidak dilupakan rakan-rakan artis, sahabat- sahabat yang jauh mahu pun yang dekat, kamu memang yang terbaik, terima kasih sentiasa sokong lagu-lagu saya.
“Semoga arena muzik di Sabah terus maju dalam memperjuangkan lagu-lagu tempatan dan belilah CD yang original sebagai tanda sokongan kepada artis-artis kita,” akhirinya.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Joy Bruno
[email protected]