Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Saya tiada kaitan: Frankie Poon
Published on: Friday, July 19, 2019
By: Ricardo Unto
Text Size:

Saya tiada kaitan: Frankie Poon
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Tanjong Papat merangkap Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Frankie Poon Ming Fung mengulangi jaminannya bahawa beliau tidak ada kaitan dengan permohonan tanah seluas 740 ekar di Sim-Sim.

Bagaimanapun, Poon berkata “tidak ada yang luar biasa dengan surat yang tular itu kerana kerajaan sentiasa proaktif dari segi pembangunan.”

“Tetapi proses tertentu perlu dilakukan sebelum tanah tersebut diluluskan atau tidak… sebagai contoh, wujudkah individu yang memohon tanah berkenaan?

“Saya boleh beri jaminan kepada anda bahawa saya sudah memeriksa perkara ini dan tidak ada sesiapa yang pernah memohon untuk mana-mana tanah di Sim-Sim.

“Kedua, ini melibatkan tanah yang luas dan tidak wujud 740 ekar tanah tersedia di sana untuk pembangunan seumpama itu.

“Ketiga, kerajaan telah mewartakan kawasan berkenaan. Sehubungan itu, kamu tidak boleh menyentuhnya kerana ia adalah sebuah kawasan kampung.

“Jadi, di mana mereka boleh membangunkannya? Adakah di sepanjang pinggir laut? Pembangunan perindustrian tidak boleh dilakukan di sepanjang pinggir laut,” katanya, semasa satu sidang media di sini, pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai sekeping gambar surat viral yang didakwa dikeluarkan oleh setiausaha sulit Ketua Menteri kepada Jabatan Tanah dan Ukur.

Gambar itu menunjukkan sekeping surat permohonan rasmi yang dilampirkan bersama satu lagi surat daripada seorang individu yang memohon tanah seluas 740 ekar di kawasan pesisir Sim-Sim untuk pembinaan sebuah kawasan tarikan pelancong dan sebuah kawasan pemprosesan makanan laut.

Surat itu juga menyatakan perkara tersebut dikemukakan untuk perhatian Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ketika pembangunan negeri sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, Poon berkata, sebarang cadangan perlu melalui proses tertentu sebelum ia diluluskan.

“Kita tidak boleh mewujudkan pembangunan atau pekerjaan dengan cara tidak betul… seperti yang saya kata, sama ada projek itu sesuai, anda masih perlu melalui proses sepatutnya daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Tanah dan Ukur.

“Lebih penting, ia perlu konsisten dengan dasar kita.”

Justeru itu, beliau meminta penduduk di Sim-Sim tidak terlalu bimbang mengenai isu tersebut.

“Saya akan menjadi orang pertama yang mempertahankan mereka jika ada pembangunan di sana yang tidak mesra penduduk kampung.”

Lebih penting, katanya, beliau telah memulakan kerja-kerja merancang pembangunan Sim-Sim bersama Majlis Perbandaran Sandakan untuk menjadikan kawasan itu sebagai sebuah hab pelancongan.

“Saya telah melalui beberapa sesi taklimat umum dengan penduduk di sana dan kami memberi mereka peluang untuk bersuara tetapi setakat ini, tiada seorang pun yang membantahnya.

“Projek pembangunan ini tiada kaitan dengan permohonan tanah seluas 740 ekar.

“Jika pihak yang didakwa sebagai pemaju itu mahu melakukannya di sana, ia akan mengganggu rancangan saya dengan MPS untuk membangunkan kawasan itu,” katanya.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here