Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Tiada aktiviti pembalakan haram di Kg Kaiduan: JPS
Published on: Saturday, July 20, 2019
By: Bernama
Text Size:

Tiada aktiviti pembalakan haram di Kg Kaiduan: JPS
Kota Kinabalu: Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) menafikan tuduhan awam berhubung terdapat aktiviti pembalakan haram dilakukan di Kampung Kaiduan, Papar, berdekatan kawasan cadangan pembinaan empangan Papar.

JPS dalam kenyataan pada Jumaat berkata aduan awam itu adalah tidak berasas dan tidak benar selain bermotif tidak baik serta boleh menjejaskan nama baik kerajaan negeri.

“Tuduhan pembalakan haram di kawasan ini sebenarnya pernah ditimbulkan beberapa kali dan turut ditularkan di media sosial walaupun penjelasan telah diberikan. “Pada kali ini, pengadu menimbulkan isu sama dan mengaitkannya dengan kawasan cadangan pembangunan empangan Papar dengan memberi fakta tidak betul,” menurut JPS sebagai mengulas aduan awam berhubung perkara itu yang disiarkan dalam akhbar tempatan pada 13 Julai lepas.

Mengulas lanjut, JPS mengesahkan kayu balak dikaitkan dalam aduan awam itu sebenarnya adalah hasil pembersihan kawasan tanah bermilik atau bergeran yang telah diberi kelulusan permit Borang IIB oleh JPS untuk pengeluaran balak.

Hasil pemeriksaan JPS juga mendapati tiada pembalakan haram berlaku di kawasan Hutan Simpan Kawang kerana jarak kedudukan tempat kejadian diadukan adalah jauh dari kawasan hutan simpan berkenaan.

“JPS ingin menjelaskan bahawa jabatan ini tidak boleh menghalang pihak individu atau syarikat yang hendak melaksanakan aktiviti pembangunan tanah mereka berstatus tanah bermilik atau bergeran untuk tujuan yang mereka kehendaki.

“JPS hanya mengambil tindakan untuk urusan dan pengawalan pengeluaran kayu yang ditebang dari kawasan tersebut tertakluk pemohon memenuhi syarat dan prosedur ditetapkan jabatan,” menurut kenyataan itu. – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here