Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Pekerja  SESB  maut kena  renjatan  elektrik  
Published on: Saturday, July 20, 2019
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:

Pekerja  SESB  maut kena  renjatan  elektrik  
KOTA MARUDU: Seorang pekerja Sabah Elecricity Sendirian Berhad (SESB) maut terkena renjatan elektrik ketika bertugas di pencawang talian elektrik SESB, Jalan Langkon dekat sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Mohd Izaan Abdullah, berkata mangsa dikenali sebagai Jacklye Mairin, 31 tahun.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati sekitar jam 11 pagi, mangsa bersama seorang rakannya menyelenggara pencawang utama talian elektrik di kawasan berkenaan. “Menurut keterangan rakan mangsa, mangsa ketika itu memanjat menggunakan tangga untuk menukar pin di pencawang berkenaan, manakala rakan mangsa berada di bawah. “Apabila sampai di atas pencawang, mangsa terkena renjatan elektrik dan jatuh. Rakan mangsa menghubungi Hospital Kota Marudu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Izaan, penolong pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk bedah siasat.

Siasatan masih diteruskan, katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here