Bukan masa bincang agihan 13 kerusi tambahan: Madius
Published on: Saturday, July 20, 2019
By: Neil Chan
Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata sekarang bukan masanya untuk berbincang mengenai agihan 13 kerusi negeri tambahan.Katanya, apa yang lebih penting adalah untuk memastikan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Negeri dapat terus diperkukuh.ADVERTISEMENT
“Apa yang lebih penting ialah 13 Kerusi DUN itu telah diluluskan. Kita sedar mengenai pendangan pelbagai pihak berhubung tambahan 13 kerusi negeri itu yang telah diluluskan oleh DUN Sabah sejak 2016.
“Jadi jika kita tidak hantar perkara itu ke Parlimen, kita akan perlu mengulangi proses yang sama, jadi dalam kes ini, kami mengambil keputusan untuk menyokong perkara itu.”
Tangau yang juga Menteri Perdagangan dan Industri Sabah serta Ahli Parlimen Tuaran berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media mengenai penyertaan Kementerian Perdagangan dan Industri dalam Expo Malaysia Fest Singapore yang akan berlangsung di Singapura dari 25-28 Julai ini, di sini, pada Jumaat.
Mengenai isu agihan kerusi tambahan itu, beliau berkata parti-parti politik termasuk Upko yang berminat terhadap kerusi-kerusi itu perlu berjuang untuk mendapatkannya.ADVERTISEMENT
“Sudah tentu kami juga mempunyai bahagian-bahagian kami (Upko) di kawasan-kawasan seperti Lahad Datu, Libaran, Papar, Kudat, Telupid, Beluran dan sebagainya.
“Apapun, saya merasakan sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membincangkan mengenai agihan kerusi-kerusi itu. Apa yang lebih penting ialah kita perkukuhkan kepercayaan rakyat terhadap kita.
ADVERTISEMENT
“Kita hanya mahu satu keadaan (politik) yang stabil di Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.”
Sementara itu, mengenai penurunan usia mengundi kepada 18, Madius berkata ia sesuatu yang dialu-alukan.
“Kami juga melihat bagaimana kami boleh berkomunikasi dengan orang-orang khususnya pengundi-pengundi muda ini.
“Mengenai sistem maklumat kerajaan, kita perlu sesuaikan bagi memastikan rakyat khususnya golongan belia mempunyai maklumat betul mengenai perkhidmatan-perkhidmatan serta perancangan-perancangan kerajaan khususnya berkaitan dengan dasar dan programnya.”
Ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Adun Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon, bahawa 13 kerusi negeri tambahan itu akan memudahkan pentadbiran daerah yang mempunyai bilangan penduduk tidak seimbang di mana ada kawasan ramai penduduk dan ada yang kurang, Madius berkata beliau bersetuju dengan kenyataan itu dan menyebut Luyang yang mempunyai 30,000 orang dan Pulau Banggi yang hanya mempunyai 5,000.
“Untuk Banggi, walaupun hanya mempunyai 5,000 penduduk, bukan mudah dari segi komunikasi kerana perlu sampai ke sana menggunakan bot dan sebagainya tapi bagi Luyang, walaupun mempunyai 30,000 penduduk, itu bukan satu masalah kerana kawasan itu kecil (dan mudah didatangi). Jadi kita perlu melihat dari faktor lain dan bukan sekadar saiz populasi.”
Beliau berkata semua Adun telah bersetuju bahawa kerusi-kerusi negeri ditambah sehingga kita mencapai satu peratusan di Parlimen sama seperti ketika pembentukan negara ini pada 1963.
“Ini adalah matlamat kita kerana kita bermula pada asalnya dengan 16 kerusi Parlimen dan kini jumlahnya ialah 25. Jadi cuma berapa bertambah berbanding Semenanjung di mana pertambahan itu sangat tinggi bermula dari 104 kerusi pada asalnya dan kini ia mempunyai 166 kerusi.”
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Sumber Gambar: Bernama