LATEST NEWS :





Craze Below The Wind bakal temui penonton tahun depan
Published on: Sunday, July 21, 2019
By: Edwin Liew

SEBUAH filem menampilkan bakat tempatan yang dibiayai syarikat tempatan dan Perbadanan Pembangunan Filem Nasional Malaysia (Finas) “Craze Below The Wind” akan ditayangkan di layar perak pada tahun hadapan.

“Penyanyi rakaman antarabangsa berasal Sabah, Gary Chaw, penyampai radio Yu Tian Long, bekas pelakon filem Ola Bola, Daphne Low antara lain akan membintangi dilem yang dibiayai Finas dengan jumlah RM400,000,” kata Katak Chua Soon Min.

Katak yang juga merupakan pengarah filem itu berkata demikian di pusat membeli-belah 1Borneo Jumaat lepas.

“Jumlah belanjawan adalah RM1.5 juta dan kami masih mencari pelabur untuk menyokong kami. Pra-produksi telah dilaksana sejak sembilan bulan lepas dan kami akan memulakan penggambaran Ogos ini.

“Filem itu merupakan filem pengembaraan komedi yang melibatkan protagonis Ah Long menyeludup dan menghantar bagasi misteri bagi menyelamatkan kakaknya yang suka membuat masalah dengan merantau di sekitar Sabah.

“Penggambaran filem ini akan dibuat sekitar negeri ini, bermula dari Sandakan, melalui Kundasang ke Tenom kemudian akhir sekali di Kota Kinabalu. Ideanya adalah menampilkan keindahan tempat-tempat di Sabah, dan penggambaran itu akan bermula Ogos ini,” katanya.

Katanya, idea utama filem ini diinspirasikan oleh filem jalanan, untuk mengembara dan menunjukkan keindahan Sabah dan kepelbagaian masyarakat. 40 peratus bahasa yang akan ditutur dalam filem ini adalah loghat tempatan, selebihnya adalah Mandarin dengan campuran dengan loghat Cina.

Filem itu ditampilkan oleh syarikat produksi tempatan MM2 Entertainment Malaysia dan Froggy Planet Sdn Bhd serta dihasilkan oleh Can Bah Production Sdn Bhd.

“Filem itu merupakan sejarah hebat dalam pembikinan filem tempatan, Sabah telah menampilkan banyak bakat-bakat dalam bidang seni kreatif dengan menceritakan lebih banyak cerita mengenai Sabah, berharap supaya ia akan mempromosikan pelancongan,” kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin.

“Saya percaya Sabah mempunyai bakat namun tiada platform untuk menunjukkannya, filem ini akan menjadi sebahagian langkah kecil untuk langkah lebih besar bagi rakyat Sabah ke peringkat antarabangsa,” kata Chan dalam ucapannya semasa merasmikan sidang media filem tersebut, di sini, Jumaat lepas.

Turut hadir semasa sidang media itu ialah, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina (KKCCCI) Datuk Michael Lui dan penerbit filem Chester Pang.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular