Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Hospital Kunak sasar 100 penderma darah dalam kempen Beri Setitis Kehidupan
Published on: Sunday, July 21, 2019
By: Ibrahim Tabir
Text Size:

Hospital Kunak sasar 100 penderma darah  dalam kempen Beri Setitis Kehidupan
KUNAK: Hospital Kunak dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) menganjurkan kempen derma darah dengan sasaran 100 penderma bagi membantu mengisi tabung darah hospital itu, di sini, Sabtu.

Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Norazlinah Arif berkata, menerusi Kempen Derma Darah dengan tema ‘Beri Setitis Kehidupan’, program itu juga menarik perhatian penderma dari pelbagai golongan peringkat umur yang datang untuk membantu dan menjayakan kempen berkenaan yang diadakan di Lobi Utama Hospital Kunak, yang berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang. 

Norazlinah yang juga Adun Kunak berkata, kolaborasi antara beberapa pihak termasuk unit UPPM, Biro Wanita Kunak Prihatin dan Wanita Warisan Silam melalui kempen ini juga adalah satu sumbangan bakti kepada masyarakat khususnya mereka yang memerlukan bekalan darah semasa rawatan di hospital.

“Kita terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin.. sejak dulu lagi kita berkolaborasi dengan pihak Hospital Kunak dalam apa segi program melibatkan kebajikan rakyat, katanya kepada media semasa ditemui selepas merasmikan program tersebut,” katanya yang turut mengambil bahagian sebagai penderma darah.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Bahri Lakile serta kakitangan unit UPPM .

Sementara itu, Pengarah Hospital Kunak, Dr Asbullah Sudin berkata , keperluan darah jenis O sangat kritikal di hospital berkenaan terutama untuk mereka yang menerima rawatan di unit trauma dan kecemasan. 

Seorang penderma Ismail Badrun, 52, berkata beliau sudah 17 kali menderma darah.

“Syukur dengan penyertaan saya hari ini, ianya dapat membantu pihak Hospital di sini. Sebagai penderma saya rasa bertanggungjawab membantu mereka yang memerlukan bekalan darah,” kata Ismail.

Seorang lagi penderma Abdul Lahil Sarail, 55, berkata beliau sudah 11 kau menderma darah dalam kempen serupa yang dianjurkan oleh beberapa NGO sebelum ini. Program itu turut diisi dengan penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti mewarna dan pertandingan gasing Bayblade antara lain. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here