Tue, 23 Apr 2024

HEADLINES :


‘13 kerusi baharu milik kami’
Published on: Sunday, July 21, 2019
By: Larry Ralon
Text Size:

‘13 kerusi baharu milik kami’
KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Darell Leiking (gambar) berkata, 13 kerusi baharu DUN Sabah yang diluluskan oleh parlimen minggu lepas sepatutnya milik mereka kerana mereka adalah kerajaan sekarang.

“Sebab kami adalah kerajaan sekarang, kamu mahukan semua kerusi itu,” kata Leiking, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, pada sidang media selepas menghadiri acara Global Covenant of Mayors (GCoM) for Climate and Energy di Hyatt Regency, di sini, pada Sabtu.

Beliau juga berharap Penampang akan mendapat satu lagi kerusi DUN pada masa akan datang kerana daerah itu kini satu-satunya kawasan parlimen yang masih mempunyai dua kerusi DUN berbanding semua kawasan parlimen di sekitarnya.

“Saya sepatutnya tidak senang hati kerana saya bukan saja kehilangan Lido yang mempunyai kira-kira 4,000 pengundi berdaftar, tetapi kawasan saya satu-satunya kawasan dengan dua kerusi DUN kalau kita lihat semua kawasan parlimen di sekeliling Penampang.

“Tetapi secara keseluruhannya, saya menyokong tambahan kerusi DUN sebanyak 13 kepada 73, sebab begitulah kita maju.

“Sama seperti Datuk Dr Jaujan Sambakong (Naib Presiden Warisan dan Timbalan Ketua Menteri) katakan, kita juga harus tambah kerusi parlimen kita di Sabah.

“Bagi saya, di Penampang, saya perlukan satu lagi kerusi DUN kerana seperti Papar dan Putatan, yang masing-masing diberikan satu kerusi DUN tambahan (Limbahau dan Tanjung Dumpil), kedua-duanya kini masing-masing mempunyai tiga kerusi DUN. 

Kota Kinabalu mempunyai tiga kerusi DUN, Sepanggar kini mempunyai Darau (kerusi baharu) jadi ia mempunyai tiga kerusi DUN, jadi sekarang hanya tinggal Penampang dengan dua kerusi DUN,” katanya.

Kawasan parlimen Tuaran juga mendapat kerusi baharu dan yang ketiga, iaitu Pantai Dalit.

Namun beliau mengaku bahawa mereka tidak pernah meminta kerusi tambahan bagi Penampang apabila usul (untuk menambah kerusi DUN) diluluskan di Dewan Undangan Negeri.

“Jadi langkah seterusnya adalah berbincang dengan Jaujan dan Shafie (Presiden Warisan dan Ketua Menteri) dan pemimpin lain, dan saya mahu satu kerusi DUN tambahan bagi Penampang,” katanya, menambah Penampang kini mempunyai lebih 100,000 pengundi dan memerlukan kerusi  tambahan untuk perwakilan lebih baik.

Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, yang juga Timbalan Ketua Menteri, dilaporkan pada Sabtu sebagai mengatakan ia bukan masa tepat untuk membincangkan agihan 13 kerusi DUN tambahan di Sabah yang diluluskan oleh Parlimen minggu lepas.

Apa yang lebih penting adalah memastikan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Sabah dapat terus diperkukuhkan, katanya.

Tangau berkata parti-parti politik, termasuk Upko, yang berminat terhadap kerusi-kerusi itu perlu berjuang untuk mendapatkannya.

“Sudah tentu kami juga mempunyai bahagian-bahagian kami (Upko) di kawasan seperti Lahad Datu, Libaran, Papar, Kudat, Telupid, Beluran dan sebagainya. 

“Apa pun, saya merasakan sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membincangkan agihan kerusi-kerusi itu. Apa yang lebih penting adalah mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap kita,” katanya.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here