Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


RUU isytihar harta, aset wakil rakyat dibentang esok
Published on: Sunday, July 21, 2019
By: Mardinah Jikur
Text Size:

RUU isytihar harta, aset wakil rakyat dibentang esok
SANDAKAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong berkata Rang Undang-Undang pengisytiharan harta dan aset bagi Ahli Parlimen (MP) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) akan dibentangkan di Dewan Negara esok (Isnin).

Ia selaras dengan amalan integriti yang dikatakan sebelum ini. Beliau berkata demikian kepada media di Lapangan Terbang Sandakan pada Sabtu.

Terdahulu, pemimpin Pakatan Harapan disaran mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara lain mahu ia dilakukan sesuai dengan amalan pemimpin bersih daripada rasuah dan perkara berkaitan.

Sementara itu, susulan keputusan Dewan Rakyat meluluskan Pindaan Perlembagaan Artikel 119 baru-baru ini yang menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun dan juga menjadi calon pilihan raya selain didaftar sebagai pengundi secara automatik, Liew berkata, ia akan terpakai apabila semua akta-akta susulan itu dibuat pada Oktober ini.

“Kita masih perlu mengubah sedikit sebanyak peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membenarkan semua undang-undang ini dilaksanakan dengan sempurna,” katanya, menambah pada tahun depan ia ia akan dapat menggunakan undang-undang ini jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

“Jika tidak, kita tunggu tempoh masa penuh lima tahun iaitu 2023 bagi PRU15,” ujarnya.

Jelasnya, pada masa itu bilangan pengundi akan bertambah kepada 22.7 juta daripada jumlah penduduk negara kira-kira 32 juta orang, bermakna lebih 60 peratus penduduk akan menentukan siapa yang akan menjadi kerajaan pada PRU15 kelak.

Beliau juga menggambarkan perkembangan itu sebagai sejarah kerana ia mengubah landskap politik di negara ini. 

Dalam perkembangan lain, Liew yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi berkata, Parlimen pada Rabu lepas juga meluluskan tambahan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi Sabah dan ia akan dapat dilaksanakan selepas Yang Dipertuan Agung menantanganinya.

Selain itu, Dewan Negara dan Senat akan bersidang sehingga 31 Julai ini dan akan mengambil masa enam hari untuk memastikan semua rang undang-undang yang diluluskan di Dewan Rakyat dapat dibentang, termasuk pindaan kepada Perkara 119.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here