Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Suhakam serah harapan Malaysia lebih baik kepada kerajaan
Published on: Friday, August 02, 2019
By: Larry Ralon
Text Size:

Suhakam serah harapan Malaysia lebih baik kepada kerajaan
KOTA KINABALU: Harapan untuk Malaysia yang lebih baik telah dikemukakan kepada kerajaan sekarang, yang diharapkan menunaikan janji-janji Malaysia Baharu, termasuk menghapuskan politik perkauman dan agama, layanan sama rata kepada semua tanpa mengira perbezaan dan paling utama Malaysia yang inklusif dan bersatu.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Datuk Godfrey Gregory Joitol berkata perkara itu sukar dilaksanakan, andai politik negara terus didorong oleh sentimen bangsa dan agama.

“Saya sedar hal ini rumit kerana sebahagian besar parti politik dibentuk untuk memperjuangkan kepentingan kaum dan agama masing-masing.

“Bagaimanapun, bila meneliti parti-parti politik sebegini di seluruh dunia, mereka telah menjejaskan ekosistem masyarakat majmuk melalui peminggiran dan diskriminasi golongan minoriti.

“Dengan itu, suasana perpaduan dalam kepelbagaian mesti dicapai menerusi langkah-langkah pragmatik yang tidak menjejaskan fabrik sosial negara kita, iaitu ikatan berterusan dalam masyarakat massa perlu dibina dan dikekalkan,” katanya pada Persidangan Kebangsaan Kesembilan Menolak Diskriminasi bertema ‘Malaysia Baharu: Mencapai Perpaduan Dalam Masyarakat Plural’, di sini, pada Khamis.

Joitol turut menyentuh isu-isu dokumentasi dan kewarganegaraan yang terkenal menghimpit Sabah sejak berdekad-dekad, dengan mengatakan, malangnya ia masih berlaku tanpa penyelesaian tuntas.

“Melaksanakan langkah perundangan mencapai penyelesaian bermakna mestilah seiring dengan proses penyedaran rakyat Sabah untuk menghapuskan prasangka mereka terhadap orang yang mencari perlindungan dan nafkah di negeri ini.

“Satu cara pemikiran menghormati orang lain dengan bermaruah, tidak kira dari mana asal mereka, warna kulit atau kerakyatan, mesti ada pada zaman di mana teknologi dan kemodenan amat diagungkan.

“Sehubungan itu, saya ingin menekankan bahawa tanggungjawab ini perlu dikongsi bersama dan tidak hanya meletakkannya di bahu pihak berkuasa tertentu.

Dalam cuba mencapai perjalanan yang sangat jauh, katanya, iltizam politik yang sangat berani amat diperlukan, yang tidak tunduk dengan tekanan tidak perlu.

“Oleh itu, kita tidak patut menunggu keajaiban berlaku, sebaliknya, setiap kita perlu menyumbang dengan kapasiti maksimum, untuk membentuk sebuah masyarakat yang mengutamakan kemanusiaan mengatasi yang lain.

“Sebuah masyarakat, yang bertonggakkan nilai kemanusiaan, hanya dapat dicapai dengan penglibatan pelbagai pemegang kepentingan, yang percaya masa depan yang mementingkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama untuk semua,” katanya.

Beliau menambah, budaya interaktif antara kumpulan masyarakat berbeza, sama ada etnik, agama, bahasa, kaum atau apa sahaja, akan diikuti oleh generasi akan datang.

“Norma dan nilai budaya positif masa lampau, mesti diwujudkan semula di kedua-dua perbincangan peringkat mikro dan makro, dan yang kemudiannya diamalkan oleh rakyat Malaysia.

“Dengan melakukan demikian, kita mungkin dapat menyampaikan ajaran yang baik kepada anak dan cucu kita, dengan harapan ia akan berlaku di luar jangkauan.

“Saya percaya ramai akan bersetuju dengan saya jika saya katakan kita berada di saat akhir untuk melakukan perkara yang betul. Terlalu banyak masa dibazirkan dalam isu-isu yang tidak membawa kebaikan kepada manusia untuk maju sebagai sebuah masyarakat, tetapi perhatian banyak diberikan untuk meniru taktik pecah dan perintah penjajah bagi mendapatkan kuasa politik,” katanya.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here