ADVERTISEMENT


HEADLINES :




Feri Labuan penuh, ratusan penumpang terkandas
Published on: Saturday, August 10, 2019
By: Bernama


SEBAHAGIAN daripada ratusan penumpang yang terkandas. – fotoBERNAMA
LABUAN: Ratusan penumpang feri dan bot di terminal feri Labuan yang ingin pulang ke kampung di tanah besar pada Jumaat bagi sambutan Hari Raya Aidil Adha hampa apabila mendapati tiket bagi kedua-dua perkhidmatan itu telah habis ditempah.

Tinjauan Bernama mendapati kaunter tiket bagi kesemua empat feri dari Labuan ke Menumbok di Sabah mempamerkan notis ‘Penumpang Penuh’ yang menyebabkan ratusan penumpang terkandas dan menimbulkan keresahan dalam kalangan mereka. 

Situasi yang sama juga berlaku di Terminal Feri Antarabangsa Labuan yang menyediakan perkhidmatan bot laju, di mana ratusan pelawat termasuk mereka yang mempunyai keluarga di Sabah terpaksa bermalam di pulau ini untuk menunggu perjalanan hari berikutnya. 

Tinjauan juga mendapati kesemua feri dan bot laju yang berulang-alik penuh dengan penumpang.

Kejadian tiket habis dijual bagi perkhidmatan feri dan bot laju itu merupakan pertama kali dalam sejarah pengangkutan laut Labuan ekoran penguatkuasaan tegas bagi pematuhan had penumpang pada standard keselamatan yang ditetapkan Jabatan Marin Februari lepas.

Labuan mempunyai empat feri yang beroperasi ke Sabah menerusi laluan Labuan - Menumbok- Labuan iaitu feri Kimanis 1 yang boleh membawa 250 penumpang dan 50 kenderaan pada satu perjalanan; Putrajaya dengan 1,400 penumpang dan 80 kenderaan satu perjalanan; feri Goodwill Star dengan 400 penumpang dan 100 kenderaan satu perjalanan serta Galaxy yang dapat menampung 70 kenderaan dan 370 penumpang bagi satu perjalanan. – Bernama



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular