Anil dipilih sebagai Presiden Safa Kunak
Published on: Sunday, August 11, 2019
By: GL Oh
ANIL (duduk, keempat dari kanan) bersama jawatankuasa baharu persatuan itu.
Kota Kinabalu: Penyandang Dato Seri Dr Anil Jeet Sing dipilih tanpa bertanding sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) Daerah Kunak pada Mesyuarat Agung Tahunan merangkap pemilihan pemegang jawatan yang baharu pada Isnin lepas.Beliau gembira dengan kepercayaan yang diberikan kepada jawatankuasa bagi membimbing persatuan itu untuk satu penggal lagi dan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan atas keyakinan mereka terhadapnya.ADVERTISEMENT
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan kerana memberikan saya penghormatan dan kepercayaan untuk membimbing Safa Kunak. Saya pastinya akan cuba melakukan yang terbaik untuk menjalankan tugas saya sebagai presiden persatuan.
“Jawatankuasa baharu akan berkhidmat dari 2019-2022, dan saya gembira untuk menyatakan bahawa kita mempunyai barisan yang sangat kuat. Saya harap akan mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada ahli jawatankuasa lain. Saya percaya jika kita bekerja bersama, kita akan dapat membawa bola sepak di Kunak ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Beliau menambah bahawa selain daripada beliau dan Citra Masadi yang turut mempertahankan jawatan tanpa bertanding selaku timbalannya, jawatan lain menyaksikan beberapa muka baharu.
“Terdapat beberapa muka baharu yang dipilih, dan saya berharap mereka akan memainkan peranan mereka dan membantu persatuan melaksanakan aktivitinya sepanjang tiga tahun akan datang.”ADVERTISEMENT
Sementara itu, tiga naib presiden yang dipilih ialah Mohd Shukari Ismail (Naib Presiden I), Atan Aman (Naib Presiden II) dan Magnify Loasi (Naib Presiden III).Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Jawatan setiausaha dimenangi oleh Michael ak Langkau dan beliau akan dibantu oleh Florenah Mohd Jain sebagai penolong setiausaha I dan Shahnizam Muhd Ali sebagai penolong setiausaha II.
ADVERTISEMENT
Mohammad @ Lagided merupakan bendahari dengan Nurmiyati Lapawi sebagai penolong, sementara lapan ahli jawatankuasa yang dipilih ialah Roslan Ab. Rahman, Maiban Hj. Abdul Razak, Mengu B Ali, Azman B. Matan, Nisse Nurdinjaya, Darwis Danrang, Masrany B. Masdur dan Mulyani bt. Nusi dengan Osman berada dalam jawatankuasa itu menerusi lantikan presiden.