Perlu sedia terima manfaat tempias pemindahan ibu negara Indonesia
Published on: Monday, August 12, 2019
By: Larry Ralon
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menantikan kesan tempias apabila Kerajaan Indonesia memindahkan ibu negaranya ke Kalimantan.
“Tentu sekali akan ada tempias. Tetapi kita juga mesti mempersiapkan diri kita, kerana anda boleh bayangkan mereka akan membawa masuk berbilion wang untuk membangunkan kawasan mereka.
ADVERTISEMENT
“Saya juga cukup pasti bahawa pemimpin-pemimpin kita khususnya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah berbincang dnegan Presiden Indonesia, Joko tentang cara terbaik kerjasama dapat dilakukan dan bagaimana kita boleh memanfaatkannya.
Presiden Indonesia, Joko Widodo telah mengesahkan dalam laman Facebooknya bahawa ibu negara Indonesia akan berpindah ke Kalimantan, yang berjiran dengan Sarawak dan Sabah, hanya lokasi tepatnya masih belum diputuskan.
“Ibu negara kami akan berpindah ke pulau Kalimantan. Lokasinya mungkin di Kalimantan Tengah, Kalimantan Timur atau Kalimantan Selatan,” kata Joko. Semua aspek perpindahan ibu negara itu sedang dikaji, termasuk pengalaman negara lain dalam memindahkan pusat pentadbiran mereka.
“Dalam memutuskan pemindahan ibu negara, kedudukan saya bukanlah sebagai ketua pentadbiran tetapi ketua negara.
ADVERTISEMENT Kita harus melihat gambaran lebih besar untuk rakyat dan negara kita untuk 10, 50, 100 tahun akan datang,” katanya.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Beliau juga menyuarakan harapannya, dalam satu wawancara yang disiarkan oleh Astro Awani, bahawa Sarawak dan Sabah akan memberikan kerjasama mereka kepada negaranya berhubung pemindahan itu.
ADVERTISEMENT
Jokowi mengumumkan rancangan untuk memindahkan ibu negara ke luar Jawa pada Mei, dengan menyebut penduduk berlebihan di pulau itu dan keperluan membawakan pembangunan lebih sama rata ke wilayahnya.