LATEST NEWS :





Kejohanan Orang Kuat Sipitang pada 30-31 Ogos
Published on: Wednesday, August 14, 2019

KOTA KINABALU: Kejohanan Orang Kuat Sipitang yang dianjurkan oleh Persatuan Orang Kuat Sabah Bersatu akan diadakan di Padang Majlis Sipitang pada 30-31 Ogos.

Pertandingan itu yang diadakan sempena dengan Festival Buah-buahan Sipitang dibuka kepada semua pihak yang berminat, yang cergas dari segi fizikal dan berumur 18 tahun ke atas.

Rutin yang akan dipertandingkan ialah Tyre Flip (450kg), Farmer’s Walk (120kg), Atlas Stone, Truck Pull (lori 10 tan) , Log Press (110kg), Deadlift for Reps (200kg), Kembayau to Shoulder (100kg) dan Durian Sipitang Front Hold (30kg).

Hadiah untuk pemenang ialah RM2,500 disusuli oleh RM1,500, RM1,000, RM700, RM500,  dan RM300 untuk tempat kedua hingga keenam, sementara mereka yang menamatkan saingan di tempat ketujuh hingga kesepuluh akan menerima RM100 setiap seorang.

Yuran penyertaan ialah RM150 untuk peserta tempatan dan RM200 untuk peserta luar dengan baju dan sijil akan diberikan kepada setiap peserta yang berdaftar. 

Pendaftaran dalam talian tersedia dan deposit RM50 diperlukan semasa pendaftaran. Resit perlu ditangkap layar dan dilampirkan dalam borang dalam pautan berikut: https://forms.gle/azbTLVHu2iwguJLc9

Mereka yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi 014 8680068 (Randie), 010 9525456 (Sham), 010 5853651 (Yusof). – GL Oh



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular