ADVERTISEMENT


HEADLINES :




Lelaki dilepas tanpa dibebas daripada tuduhan serang isteri
Published on: Wednesday, August 14, 2019
By: Cynthia D Baga

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 35 tahun dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada dakwaan menyerang isterinya menggunakan sebuah lampu suluh.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim memberikan DNAA itu kepada Felik Krutok apabila arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) diterima.

Felik dituduh memukul isterinya menggunakan lampu suluh DP Led Light pada jam 7 malam pada 12 April tahun ini di sebuah rumah di Kg Mandalipau, Papar.

Kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Terdahulu TPR Mohd Ali Imran memaklumkan mahkamah bahawa dia menerima arahan daripada pihak atasannya untuk memohon DNAA untuk kes Felik.

Mahkamah dimaklumkan bahawa pengadu (isteri) sudah membuat satu laporan polis untuk menarik balik laporan polis terdahulu terhadap Felik.

Dalam kes lain, seorang remaja berumur 21 tahun dipenjara lima tahun kerana mengambil syabu buat kali ketiga.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Iskandar Yahya yang mengakui dakwaan ke atasnya.

Dia juga dikenakan satu sebatan rotan serta ditempatkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai menjalani hukumannya.

Mahkamah memerintahkan Iskandar menjalani hukuman itu dari tarikh tangkapannya.

Dia didapati mengambil dadah itu pada tengah hari 11 Jun tahun ini di kawasan Likas, di sini selepas ujian air kencingnya positif dadah. 

 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular