LATEST NEWS :





Majistret persoal kelonggaran sistem keselamatan penjara
Published on: Wednesday, August 14, 2019
By: Jo Ann Mool

KOTA KINABALU: Seorang Majistret pada Selasa mempersoalkan kelonggaran dalam sistem keselamatan penjara yang membolehkan seorang banduan mendapat dadah.

Majistret Stephanie Sherron Abbie, yang terkejut melihat kes seperti itu di hadapannya berkata, ia menimbulkan banyak persoalan.

“Bagaimana banduan lain mendapat dadah itu? Adakah dia membawanya masuk? Pastinya dia (banduan baharu) akan diperiksa oleh pengawal penjara sebelum itu?” soalnya.

Stephanie membuat kenyataan itu semasa pendengaran kes seorang perogol, yang didapati mengambil syabu semasa menjalani hukumannya.

Mohd Ariffin Bidin, 40, mengaku bersalah di hadapan Stephanie melakukan kesalahan itu pada tengah hari 21 Mei tahun ini di penjara pusat di sini.

Dakwaan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya itu memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau sehingga dua tahun penjara jika sabit kesalahan.

Ariffin memaklumkan mahkamah bahawa dia ketika ini sedang menjalani hukuman 23 tahun penjara atas dua pertuduhan merogol yang dijalankan secara serentak, selain 10 sebatan rotan untuk setiap pertuduhan.

Ketika ditanya oleh mahkamah bagaimana dia mendapa dadah itu, Ariffin berkata dia mendapatnya dari seorang banduan yang merupakan kawannya.

Ariffin yang tidak diwakili menambah jabatan penjara mendapatinya mengambil dadah itu apabila diuji pada 21 Mei.

Stephanie memerintahkan Ariffin dipenjara enam bulan dan memerintahkannya untuk menjalani hukuman itu secara berturutan dengan hukuman penjara yang sedang dijalaninya.

Ariffin ketika ini menjalani hukuman 33 tahun penjara atas beberapa dakwaan menculik, merogol dan mendera secara seksual seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berumur 20 tahun pada 2008 serta menyebabkan kecederaan parah kepada wanita itu dan juga mencuri kereta.

Sementara itu, 10 orang dihukum kerana mengambil dadah.

Dzulhadin Halim, Md Faisal Idrus, Abd Majid Aliasdar, Rosman Abdul, Md Nashriq Jamalul, Patson Jinius, Musa Osman, Roslee Yusuf, Flora Roni dan Asrizal Jamaludin mengakui melakukan kesalahan itu di lokasi berasingan di sini pada Jun.

Dzulhadin, Faisal, Majid, Rosman dan Nashriq didenda RM3,500 atau 12 bulan penjara setiap seorang sementara yang lain dipenjara enam bulan.

Di mahkamah sama, tiga lelaki dipenjara kerana memiliki syabu.

Edin Osman, Jimar Maikel dan Alpitri Mustapa mengakui melakukan kesalahan itu pada Jun yang berada di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau sehingga lima tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit mendakwa. 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular