ADVERTISEMENT


HEADLINES :




Sebuah rumah musnah terbakar di Sandakan
Published on: Wednesday, August 14, 2019
By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Sebuah rumah musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku di Kampung Semawang Laut Sandakan, di sini, pada Isnin lepas.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan, Anddre Andrew, berkata Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melalui MERS 999 pada pukul 2.56 petang.

“Sejurus kita menerima laporan itu, pasukan Bomba dari Sandakan bergegas ke tempat kejadian dengan jarak sejauh 48 kilometer daripada balai dengan menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda disebabkan laluan lokasi yang agak sukar dilalui oleh jentera bomba,” katanya. 

Operasi itu diketuai oleh PB Zixcon Patric bersama 3 orang anggota Bomba Sandakan.

Katanya, berdasarkan laporan dari komander operasi, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal dengan keluasan 45x35 kaki persegi dan 100 peratus telah terbakar semasa pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba ini juga bertindak mengambil maklumat serta membuat pemeriksaan di kawasan sekitar bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan yang wujud,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada 5.00 petang. 

Anddre berkata, tiada mangsa dilapor terlibat, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular