ADVERTISEMENT


HEADLINES :




Pembakaran terbuka punca jerebu di Tamparuli
Published on: Wednesday, August 14, 2019

TAMPARULI: Hampir keseluruhan kawasan daerah ini dan sekitarnya mula diselubungi jerebu dipercayai berpunca pembakaran secara terbuka yang dilakukan penduduk setempat sejak seminggu lepas.

Tinjauan Bernama dari Bukit Ruhiang di sini iaitu bukit puncak tertinggi di daerah ini mendapati laluan utama dari Kota Kinabalu-Tamparuli kelihatan samar-samar akibat diselubungi asap.

Bagaimananpun, jarak penglihatan bagi pemandu dianggarkan melebihi 10 kilometer dan kualiti udara masih berada pada tahap sederhana.

Cuaca panas turut menyumbang kepada kejadian jerebu di daerah ini berikutan sebilangan penduduk setempat masih melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka.

Tinjauan juga mendapati kegiatan riadah seperti bola sepak, mendaki bukit dan joging masih berjalan seperti biasa walaupun kualiti udara sedikit tercemar oleh jerebu.

Lima daerah di Sabah iaitu Sandakan, Kota Kinabalu, Kimanis, Keningau dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan berada pada tahap sederhana pada petang Selasa.

Bacaan IPU di Sandakan 55, Kimanis (56), Keningau (58), Kota Kinabalu (60) dan WP Labuan 69.

Tawau pula mencatat bacaan tahap baik iaitu 50. 

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). – Bernama



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular