Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


PKR Sabah mahu Zakir Naik segera diusir
Published on: Thursday, August 15, 2019
By: Leonard Alaza
Text Size:

PKR Sabah mahu Zakir Naik segera diusir
KOTA KINABALU: Naib Pengerusi PKR Sabah, Kenny Chua (gambar) berang dengan kenyataan penceramah kontroversi Zakir Naik yang meminta orang Cina Malaysia untuk “kembali” dahulu kerana mereka adalah “tetamu lama” di negara ini, dan meminta beliau diusir dengan segera.

Beliau berkata Zakir telah menunjukkan dirinya sebagai seorang yang sangat berbahaya yang mampu meranapkan keharmonian kaum dan agama yang telah lama dinikmati rakyat negara ini.

“Kenyataan kontroversi terkininya menyinggung perasaan setiap orang Cina Malaysia termasuk di Sabah. Saya percaya orang akan bersetuju dengan saya bahawa tiada seorang pun yang berfikiran waras akan mengatakan perkara seperti itu.

“Ini menunjukkan betapa berbahayanya orang ini. Saya menggesa kerajaan mengusirnya dari negara kita yang penuh aman damai sepertimana banyak negara lain yang mengharamkannya masuk, “katanya.

The Star melaporkan Zakir sebagai berkata bahawa jika orang mahu “tetamu baharu” pulang, mereka harus meminta “tetamu lama” untuk pulang terlebih dahulu, dengan rujukan yang jelas kepada dirinya dan orang Cina Malaysia.

Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa kecuali generasi baharu, kebanyakan orang Cina tidak dilahirkan di negara ini.

Menurut laporan itu, Zakir mengeluarkan kenyataan itu ketika bercakap tentang bagaimana Islam telah menyebar secara aman di rantau ini melalui pedagang dalam satu ceramah di Kota Bharu, Kelantan minggu lepas.

“Dia harus sedar bahawa rakyat di negara ini menghormati Islam. Begitu juga, saudara-saudara Muslim kami menghormati kami dari pelbagai kaum dan agama.

“Bagi saya, adalah satu jenayah untuk menghasut dan membuat kenyataan yang boleh membangkitkan kebencian dalam kalangan mereka yang berbeza kaum dan agama. Dia tidak boleh dibenarkan bebas untuk berdakwah di negara yang amat menyukai keamanan. Dia mesti pergi. Lagi cepat lagi bagus, “ kata Chua, yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah.

Beliau menggesa kerajaan negeri untuk bersama-sama rakyat menolak Zakir dengan mengenakan larangan terhadapnya memasuki tanah Sabah. Beliau berkata Sabah merupakan contoh keharmonian kaum dan agama dan tidak boleh dibenarkan diracun oleh ideologi Zakir.

Pendakwah dari India itu berdepan gesaan pengusiran oleh pelbagai pihak dan dikehendaki di tanah airnya atas dakwaan rasuah.

Beliau  mencetuskan kontroversi di Malaysia dengan dakwah terbukanya di mana beliau mengkritik orang bukan Islam.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengatakan bulan lalu bahawa Putrajaya tiada pilihan selain membenarkan Zakir tinggal di Malaysia kerana negara-negara lain enggan menerima beliau.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here