LATEST NEWS :





Budak lelaki, 11,  disyaki rogol  sepupu, 12
Published on: Friday, August 16, 2019
By: Sherell Jeffrey

Kota Kinabalu: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun ditahan kerana didakwa merogol sepupunya, 12, di Penampang.

Ketua Polis Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim pada Khamis berkata kanak-kanak itu ditahan di rumahnya di daerah sama sekitar 12.30 tengah hari pada 12 Ogos, hari sama ibu kanak-kanak perempuan itu membuat laporan polis.

Penemuan awal menunjukkan aktiviti seksual dua kanak-kanak tersebut terbongkar apabila abang kepada kanak-kanak perempuan itu melihat perbuatan mereka di bilik tidur kanak-kanak perempuan itu pada 11 Ogos.

Siasatan awal itu juga mendedahkan bahawa itu adalah kali keempat kanak-kanak itu melakukan hubungan seks.

Polis percaya kedua-dua kanak-kanak tersebut terdorong untuk mengadakan hubungan seks selepas melihat video lucah melalui telefon bimbit masing-masing.

Mohd Haris berkata kes itu disiasat bagi kesalahan merogol dan mereka berharap untuk mengemukakan kes itu ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya Awam  secepat mungkin kerana ia membabitkan kanak-kanak.

Reman maksimum bagi kes rogol adalah tujuh hari tetapi difahami bahawa ketika ini kanak-kanak lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis disebabkan umurnya.

Polis juga masih menunggu laporan hospital.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular