Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Butik pengantin diperintah bayar RM5,061 kepada pasangan
Published on: Saturday, August 17, 2019
Text Size:

Butik pengantin diperintah bayar RM5,061 kepada pasangan
Kota Kinabalu: Tribunal Tuntutan Pengguna memerintah sebuah syarikat butik pengantin, Life Bridal Sdn Bhd, untuk membayar balik RM5,061.20 serta kos kepada satu pasangan baru-berkahwin kerana sesi penggambaran luar yang bermasalah.

Pengadu, Randall Lingam berkata dia dan isterinya diberi layanan buruk sepanjang penggambaran luar selama dua hari, termasuk terpaksa mengangkat gaun panjang isterinya sementara penolong jurugambar terlalu sibuk dengan telefon bimbitnya dan tidak ambil peduli.

Jurugambar juga gagal menunaikan janji penggambaran suasana istimewa matahari terbenam di Sinurambi di mana Randall telah membayar RM470 sebagai bayaran masuk.

Life Bridal tidak menafikan mana-mana tuntutan itu tetapi meminta bayaran balik dikurangkan. Ia berkata, Randall pada mulanya hanya meminta supaya nilai pakej dibayar balik iaitu RM4,237. Presiden Tribunal, Yong Pei Yi memerintah Life Bridal Sdn Bhd membayar Randall jumlah penuh RM5,061.20 termasuk kos.

Dalam tuntutan lain, seorang pengguna berjaya dalam tuntutan untuk meminta Grolier (M) Sdn Bhd berhenti mengganggunya berhubung satu langganan yang dia telah pun bayar sepenuhnya pada 2016.

Menurut Fitrinawati Talip, sejak Oktober 2016 hingga Julai 2019, dia dan suaminya menerima panggilan dan pesanan yang mendesak mereka membayar tunggakan. Dia juga menunjukkan tangkapan skrin pesanan-pesanan kepada tribunal, di mana Grolier turut mengugut akan menularkan butiran pengadu di media sosial kerana tidak menjelaskan hutang.

Walaupun sudah menunjukkan bukti semua pembayaran, Grolier terus mengganggu mereka, memaksa mereka membawa rungutan mereka kepada Tribunal Pengguna yang mengarahkan Grolier untuk berhenti memanggil dan menghantar pesanan menuntut bayaran daripada pengadu.

Grolier (M) Sdn Bhd tidak diwakili pada pendengaran itu walaupun menerima notis pendengaran.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here