Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Bengkel Integrasi Automotif bakal dibina di Penampang
Published on: Saturday, August 17, 2019
By: Bernama
Text Size:

Bengkel Integrasi Automotif bakal dibina di Penampang
PENAMPANG: Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam bidang automotif berpeluang mengembangkan perniagaan dan capai pasaran lebih luas menerusi pembukaan satu Bengkel Integrasi (i-Workshop) di daerah ini.

Ia hasil inisiatif Institut Automotif, Robotik dan IoT (MARii) dengan kerjasama Great Plus Autoparts Sdn Bhd. Ketua Pegawai Eksekutif MARii Datuk Ts. Madani Sahari berkata i-Workshop merupakan pusat yang menggabungkan 10 hingga 15 bengkel kenderaan yang terdiri daripada PKS bidang automatif tempatan di bawah satu pusat.

“I-workshop menggabungkan kepakaran automotif di bawah satu bumbung seperti pusat servis dan pembaikan, tayar dan rim, kerja-kerja kejuruteraan automotif, perkhidmatan berasaskan motorsikal, serta menjadi pembekal alat-alat gantian untuk bengkel-bengkel lain,” katanya pada sidang media di sini, hari Jumaat.

Menurutnya pada Rabu lepas, acara pecah tanah di tapak pembinaan i-Workshop telah dibuat dan dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun hadapan. “Kami akan memberi tawaran kepada PKS automotif terplih sekitar Penampang sebagai inisiatif kami di MARii bantu kembangkan perusahaan mereka melalui pelbagai akses ke pasaran yang lebih luas,” katanya. – Bernama

Beliau berkata PKS bukan automotif turut akan diberi peluang membuka perniagaan di i-Workshop sebagai perkhidmatan tambahan di pusat berkenaan.

Katanya ketika ini terdapat tiga i-Workshop di negara ini iaitu di Cyberjaya, Melaka dan Ipoh.

Menurutnya pembinaan i-Workshop di negeri ini dimulakan di Penampang dan merancang membuka dua lagi i-Workshop di daerah lain. – Bernama 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here