Tue, 23 Apr 2024

HEADLINES :


Sipitang tuan rumah Festival Buah-buahan
Published on: Saturday, August 17, 2019
Text Size:

Sipitang tuan rumah Festival Buah-buahan
YUSOF (duduk, kedua dari kanan), Haslinda (duduk, kanan), Matlin (duduk, kedua dari kiri) dan Mat Kassim (duduk, kiri) menunjukkan aturcara dan program festival.
Kota Kinabalu: Buat julung kalinya, daerah Sipitang menjadi tuan rumah bagi Festival Buah-buahan 2019 yang akan berlangsung selama empat hari bermula 29 Ogos sehingga 1 September, di Padang Topten, Pekan Sipitang.

Menteri Pelajaran Dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob berkata objektif utama festival adalah untuk menjana serta mengangkat produk-produk tempatan seterusnya meningkatkan tahap sosio-ekonomi komuniti tempatan.

“Selain itu, menggalakkan kerjasama antara semua ahli persatuan dan menjadikan Sipitang sebagai tarikan destinasi pelancong tempatan dan asing.

“Kini Sipitang merupakan daerah yang sedang giat mempromosikan produk-produk pelancongan, antaranya, sukan ekstrem, ladang lebah kelulut, memancing, kawasan rekreasi, inap desa dan pusat peranginan.

“Di samping itu, Sipitang mempunyai litar tetap pertama di Borneo untuk peminat pacuan empat roda yang terletak di Kampung Katipoh, Mesapol dan kawasan memancing kolam ikan keli Afrika yang terbesar di Sabah,” katanya semasa mengadakan sidang media untuk festival itu di Wisma Bandaraya pada Khamis lepas.

Yusof yang juga Adun Sindumin berkata, penyertaan dari dalam dan luar negara seperti Brunei, Singapura, Wilayah Persekutuan Labuan, Selangor dan Sarawak amat menggalakkan dan ini menunjukkan maklum balas yang sangat positif.

“Antara acara yang akan dijalankan iaitu Bufet Durian, Pertandingan Durian Sipitang, Pertandingan Inovasi Masakan berasaskan buah-buahan, Fruit Run, dan Sipitang Bikers Day.”

Kira-kira 1,000 penyertaan dijangka untuk semua acara yang dipertandingkan, tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan Sabah tidak terkecuali sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dan berharap dengan adanya program seumpama ini usahawan akan mampu maju, berdaya saing bukan sahaja di peringkat tempatan malah di peringkat nasional dan antarabangsa. Majlis perasmian festival itu dijangka akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada jam 10 pagi, 29 Ogos.

Selaras dengan slogan festival iaitu ‘Sipitang Truly Borneo’, pelbagai acara disusun sebagai pengisian menjurus kepada budaya dan buah-buahan yang berkonsepkan Borneo.

Hadir bersama Setiausaha Jawatankuasa Induk, Haslinda Hadis, Pegawai Daerah Sipitang selaku Pengerusi Pelaksana, Matlin Dullah dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana, Mat Kassim Aliyusop.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here