Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Polis buru lelaki bunuh, bakar mayat isteri kerana cemburu
Published on: Saturday, August 17, 2019
By: Bernama
Text Size:

Polis buru lelaki bunuh, bakar mayat isteri kerana cemburu
KENINGAU: Polis sedang giat memburu seorang lelaki berusia 40-an yang disyaki membunuh dan membakar mayat isterinya yang ditemukan rentung di kawasan semak sebuah kebun di Batu 8, Jalan Sook, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Keningau, DSP Shahrudin Mat Hussin, berkata, mangsa dikenali sebagai Sarah Israkil, 44, berbangsa Suluk Filipina dan bukan seorang remaja tempatan sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa bergelut sebelum dibunuh dan dibakar oleh suspek akibat cemburu.

“Mayat mangsa diseret lima meter ke bawah pokok mangga untuk dibakar sehingga sukar dicam untuk tujuan melupuskan bukti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, dapatan Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontnjen (IPK) Sabah ke atas mayat mangsa mendapati terdapat enam kesan tikaman di seluruh anggota badan mangsa.

Shahrudin berkata berdasarkan keterangan saudara terdekat mangsa, motif pembunuhan berpunca daripada cemburu dan suami mangsa sedang diburu untuk membantu siasatan.

Katanya orang ramai yang mengetahui lokasi terkini suspek diminta menghubungi balai polis berdekatan.

Pada kejadian jam 7.20 pagi itu, polis Keningau menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat dalam keadaan terbakar di kawasan kebun tersebut. – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here