Empat maut nahas jalan raya di Kinabatangan
Published on: Saturday, August 17, 2019
By: Bernama
KEADAAN di lokasi kemalangan selepas insiden itu.
KINABATANGAN: Empat orang maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori treler 10 tan yang membawa muatan buah sawit, petang Jumaat.Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu di Kampung Paris 2 dekat sini, diterima pukul 1.47 petang dan Pasukan Bomba Sukarela Kampung Paris 2 tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian untuk memberi bantuan awal sehingga tiba sepasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan.ADVERTISEMENT
Kemalangan itu mengorbankan kesemua empat mangsa yang menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
Pemandu lori berumur 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Mangsa terdiri daripada dua warganegara dikenali sebagai Nurdiana Tamsi, 57, dan Thambrin Beddu, 59, dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Anita Anwar, 41, manakala maklumat seorang lagi tidak diperolehi ketika laporan ini ditulis.
Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Bernama