Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Mahkamah batal kemenangan Anifah di Parlimen Kimanis
Published on: Saturday, August 17, 2019
By: Bernama
Text Size:

Mahkamah batal kemenangan Anifah di Parlimen Kimanis
Sumber Gambar: Wikipedia
Kota Kinabalu: Mahkamah Khas Pilihan Raya pada Jumaat memutuskan bahawa kemenangan Datuk Seri Anifah Aman (gambar) di kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak sah dan terbatal.

Hakim Lee Heng Cheong berkata keputusan tersebut dibuat selepas pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi mendapati terdapat unsur-unsur manipulasi termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah yang melanggar undang-undang pilihan raya.

Beliau berkata penambahan kertas undi tidak berkaitan adalah satu kesalahan serius yang telah mempengaruhi keputusan pilihan raya itu,  justeru kemenangan tersebut terbatal. Petisyen itu difailkan Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi mencabar kemenangan Anifah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional. Mahkamah kemudiannya mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membayar kos kepada Karim sebanyak RM100,000. Karim memfailkan petisyen itu pada 18 Jun tahun lepas dan menamakan Anifah sebagai responden pertama dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua. Sementara itu di PUTRAJAYA, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menunggu perakuan keputusan Mahkamah Pilihan Raya atau sehingga tempoh 14 hari untuk rayuan tamat bagi tindakan selanjutnya berhubung kerusi Parlimen Kimanis, Sabah, kata Pengerusi SPR  Azhar Azizan Harun.

Azhar berkata SPR mengambil maklum keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu itu dan sentiasa bersedia untuk menjalankan pilihan raya kecil (PRK) sekiranya ia perlu diadakan.

“Memandangkan pihak-pihak terlibat mempunyai hak untuk merayu, pilihan raya kecil hanya akan  diadakan sekiranya tiada rayuan atau proses rayuan di Mahkamah Persekutuan telah selesai sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan susulan keputusan mahkamah itu.

Menurut Azhar, berdasarkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu, kerusi P.176 Kimanis diisytiharkan kosong dan PRK hendaklah diadakan.

Di bawah peruntukan undang-undang, SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan dipastikan, katanya. – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here