Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Kota Kinabalu  ke final  Sukan Sabah 
Published on: Sunday, August 18, 2019
By: GL Oh
Text Size:

Kota Kinabalu  ke final  Sukan Sabah 
KOTA KINABALU: Kota Kinabalu menempah tempat di final Sukan Sabah Keningau pada Disember selepas memenangi tiga perlawanan pembukaan mereka di Kumpulan Pantai Barat Selatan.

Mereka menewaskan Ranau 2-1 di padang bola sepak Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Jumaat lepas untuk mengesahkan tempat mereka ketika masih berbaki dua perlawanan.

Terdahulu, mereka menewaskan Papar 4-3 pada perlawanan pembukaan disusuli kemenangan 1-0 ke atas Tuaran.

Jurulatih Roslan Wasli gembira dengan keputusan itu dan berharap pemain-pemain dapat meneruskan momentum kemenangan menentang Putatan dan Penampang dalam dua perlawanan terakhir kumpulan.

Sementara itu, pusingan kelayakan bermula di semua enam zon di seluruh negeri pada Selasa.

Selain Pantai Barat Selatan zon lain ialah Sandakan (Sandakan, Beluran, Tongod, Telupid, Kinabatangan), Tawau (Tawau, Kalabakan, Semporna, Lahad Datu, Kunak), Pantai Barat Utara  Kudat, Kota Belud, Pitas, Kota Marudu), Pedalaman Atas (Nabawan, Tambunan, Tenom) dan Pedalaman Bawah (Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang).

Pemain-pemain terlibat juga berpeluang untuk mempamerkan kebolehan mereka kerana jawatankuasa pemilihan Persatuan Bolasepak Sabah diketuai oleh Henry Saimpon telah menugaskan jurulatih-jurulatih ke setiap tempat untuk mencari pemain yang akan disenarai pendek untuk saingan Piala Presiden dan Piala Belia musim depan.  





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here