Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Haini Guan teruja lancar single keenam
Published on: Sunday, August 18, 2019
By: Joy Bruno
Text Size:

Haini Guan teruja  lancar single keenam
PENYANYI Haini Guan (gambar) yang dikenali melalui lagunya Ralan Koposian begitu teruja apabila mendapat peluang merakamkan single keenamnya yang berjudul Nolingan Nu Janji Nu.

Menurut Haini lagu yang membawa genre Sumazau itu adalah ciptaan sepenuhnya oleh komposer Welson Tupoloh dan telah menjalani rakaman di BossQu Studio Kota Marudu.

“Saya sangat meminati genre Sumazau biarpun di awal kemunculan saya mengetengahkan genre Dangdut Remix. “Rentak ini senang diingati dan mampu mengajak pendengar untuk sama-sama menari terutama jika dinyanyikan di majlis-majlis.

“Lagu ini mengisahkan tentang sang kekasih yang mengingkari janji lalu pasangannya memilih untuk menjalani hidup sendiri.

“Dengan lahirnya single terbaru ini maka saya sudah ada enam lagu solo dan memang saya ada memasang niat untuk membuat album penuh dalam masa terdekat, saya berharap ianya dapat dilaksanakan,” kata ibu kepada dua cahaya mata ini.

Penyanyi asal Ranau tetapi menetap di Kota Marudu ini turut memberitahu, dia mendapat dorongan dan sokongan penuh dari keluarga dalam usaha untuk mengembangkan lagi bakat nyanyian yang memang diminatinya sejak zaman remaja.

“Saya bersyukur kerana keluarga sentiasa menyokong kerjaya saya dari awal penglibatan saya dalam bidang nyanyian dan sebagai seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa, saya perlu bijak membahagi masa.

“Saya mempunyai dua cahaya mata yang masih bersekolah jadi apabila saya ada aktiviti atau persembahan, saya akan ambil peluang pada sebelah pagi sahaja sementara anak saya masih di sekolah. 

“Sekiranya aktiviti atau acara tersebut di luar kawasan Kota Marudu maka saya akan libatkan diri pada setiap Sabtu dan Ahad sahaja,” katanya.

Berada di daerah yang sama memudahkan dia untuk membuat rakaman antara jawapan Haini ketika ditanya kenapa dia memilih dan menggunakan perkhidmatan studio baru untuk merakamkan lagu solo keenamnya.

“Selain hampir dengan tempat tinggal, saya juga tertarik dengan promosi harga rakaman dan pembikinan video muzik yang ditawarkan oleh studio ini melalui laman sosial.

“Pemilik studio ini juga merupakan kenalan saya dan merupakan penyanyi idola saya, saya mengkagumi dirinya yang mampu menaikkan namanya setaraf dengan artis-artis tempatan yang lebih senior daripadanya hasil usaha sendiri.

“Kerana itu saya yakin susunan muzik yang dihasilkan mampu menandingi susunan muzik studio-studio lain di Sabah.

Saya juga gembira dan terharu kerana selepas lagu ini dimuat naik ke laman sosial Facebook BossQu Studio, lagu ini mendapat sambutan di luar jangkaan,” katanya.

Penyanyi ini berkata yang dia akan terus belajar dan memperbaiki mutu nyanyiannya serta menyertai  acara nyanyian bagi meningkatkan lagi mutu persembahannya.

“Kepada semua pendengar dan peminat lagu tempatan sabah, teruslah menyokong dan membantu memartabatkan lagi karya seni artis tempatan Sabah.

“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada komposer yang terlibat iaitu Welson Tupoloh kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membawakan lagu ciptaannya.

“Tidak dilupa BossQu Studio, semoga kita akan terus bekerja keras dalam usaha untuk menaikkan arena muzik tempatan,” akhirinya.

[email protected]





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here