Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


PPM Matunggong sasar tubuh bomba sukarela di tiga kampung
Published on: Sunday, August 18, 2019
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:

PPM Matunggong sasar tubuh bomba sukarela di tiga kampung
MATUNGGONG: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Matunggong, Barlus Magabis menggalakkan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di kawasan tersebut.

Barlus berkata, beliau mensasarkan penubuhan tiga buah PBS iaitu di Kampung Narandang, Tinangol dan Kampung Penamoatan Garau.

Menurut Barlus, peranan pelbagai pihak khususnya Ketua Kampung dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung penting dalam memastikan aspek keselamatan kebakaran melalui penubuhan Bomba Komuniti atau PBS di kawasan masing masing.

Katanya, sejak ditubuhkan pada 15 Disember tahun 2016, PBS Pinawantai telah menghadiri banyak panggilan kecemasan untuk membantu dan menyelamat termasuk menghadiri sebanyak 23 kes untuk Januari hingga Julai 2019.

“Sementara menunggu pembinaan Balai Bomba di daerah ini, penubuhan PBS akan diperluaskan khususnya di kampung kampung terpencil yang terletak jauh dari Balai Bomba.

“Penubuhan PBS Pinawantai telah memberi manfaat yang cukup besar khususnya dalam menangani insiden awal kes kes kebakaran, katanya.

Barlus berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan replika cek kepada PBS di Balai Bomba PBS dekat sini baru baru ini.

Dua replika cek tersebut bernilai RM3000 bagi geran tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kepada PBS Pinawantai dan RM1,800 sumbangan daripada PPM Matunggong.

Majlis disempurnakan oleh Barlus dan dihadiri oleh Penolong Pegawai Daerah Matunggong Francis Chong, Ketua Zon JBPM Zon Kudat Sahidih Mahali, Ketua BBP Kudat Ishak Jabas dan Pengerusi PBS Pinawantai Rosmin Manggong.

Sementara itu, Sahidih ketika berucap berkata, peranan PBS Pinawantai bukan sahaja membantu JBPM dalam aspek pelaksanaan Operasi, tetapi juga dalam aspek Kempen Keselamatan Kebakaran. 

Menurutnya, ilmu bomba yg dipelajari khususnya memahami dan mengurangkan risiko kebakaran di rumah boleh dikongsi atau disebarkan kepada masyarakat setempat.

Sahidih berkata, PBS Pinawantai amat penting kerana lokasinya terletak di sempadan Kudat dan Kota Marudu. 

Jelas beliau, PBS ini boleh menghadiri kes bagi kedua dua daerah, secara langsung dapat membantu JBPM untuk mencapai ‘Respon Time’ bagi kes kes yang berdekatan dengan mereka.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here