Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


3,000 pekerjaan ditawar dalam Jelajah Kerjaya Sabah
Published on: Sunday, August 18, 2019
By: Anthea Peter
Text Size:

3,000 pekerjaan ditawar  dalam Jelajah Kerjaya Sabah
KOTA KINABALU: Lebih 3,000 pekerjaan dalam pelbagai bidang untuk diisi di program Jelajah Kerjaya Sabah 2019 yang akan diadakan di lima buah daerah di Negeri ini bermula 19 hingga 23 Ogos.

Ia anjuran bersama Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK) dan Jabatan Pembangunan Sumbar Manusia Sabah (JPSM).

Pengarah JTK Sabah, Kamal Pardi berkata program itu akan diadakan di Kota Kiabalu, Kudat, Kota Marudu, Ranau dan Keningau sebagai sebahagian inisiatif untuk membantu belia di Negeri ini mencari pekerjaan di syarikat swasta yang terpilih.

Katanya semasa jelajah itu , lebih 125 majikan daripada syarikat swasta terpilih, termasuk Samsung Malaysia Sdn Bhd dan Fabtronic Sdn Bhd akan mengadakan temuduga terbuka.

“Syarikat swasta yang terlibat dijamin oleh JTK dengan gaji minumum RM1,300 sebulan. Oleh itu, kami mengesa belia di Negeri ini untuk mengambil peluang,” katanya kepada sidang media di sini.

Beliau berkata program itu merupakan kesinambungan Jelajah Kerjaya Sabah pertama pada Mac di mana sebanyak 4, 042 pencari kerja mendapat pekerjaan daripada 1,143 pekerjaan yang ditawarkan.

Beliau juga menasihatkan pencari kerja yang berminat untuk mengambil bahagian dalam tamuduga kerja supaya berpakaian kemas dan membawa semua dokumen yang berkaitan.

Program itu akan bermula seawal 8 pagi sehingga 4 petang dan pencari kerja perlu mempunyai persediaan mental seperti membaca bahan berkaitan dengan bidang yang mereka mahu pohon, katanya.

Program itu akan diadakan di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu (19 Ogos), Perpustakaan Kudat, (20 Ogos), Dewan Masyarakat Kota Marudu (21 Ogos), Dewan Masyarakat Ranau (22 Ogos) dan Dewan Masyarakat Keningau (23 Ogos).

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here