LATEST NEWS :





‘Sabah tidak boleh bergantung kepada hasil cukai Persekutuan’
Published on: Monday, August 19, 2019
By: Ahmad Apong

BEAUFORT: Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong (gambar) berkata Sabah tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada hasil cukai Persekutuan untuk membangunkan ekonomi negara.

Walaupun Sabah tertakluk kepada 20 peratus royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan, Negeri adalah pengeluar utama balak dan masih adalah syarikat yang memainkan peranan mengutip hasil negeri seperti Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), Sedco dan KPD.

Jaujan berkata Kerajaan Negeri dengan itu mesti menimbangkan cara alternatif untuk Kerajaan Negeri memperolehi pendapatan, sambil menambah, salah satu caranya adalah mengurangkan eksport balak dan sebaliknya menumpukan kepada penghasilan perabot pada masa depan.

“Ini kerana balak Sabah semakin berkurangan, oleh itu kita tidak jalan lain tetapi mengeksploitasi balak dengan memprosesnya kepada produk hiliran,” kata Jaujan, yang juga naib presiden Warisan Sabah, dalam sidang media selepas Majlis Kesyukuran dan Angkat Sumpah Jawatan dan penyerahan kad keahlian Parti Warisan Beaufort, di sini, Sabtu lepas.

Pendapatan Sabah sebanyak RM4 bilion ringgit tidak mencukupi, kata Jaujan, kerana RM2 bilion diperuntukkan bagi pentadbiran manakala selebihnya untuk pembangunan negeri.

“Pembangunan ini bagaimanapun tidak boleh dilakukan sekelip mata dan kita tidak ada jalan lain tetapi terpaksa membuat perubahan penting yang boleh memberi manfaat kepada rakyat,” katanya, dan menambah, Warisan masih baharu dalam mentadbir dan terdapat banyak perkara yang perlu diperbetulkan kerana kerajaan sebelum ini tidak teratur.

Katanya, Warisan hanya berkuasa selama setahun dan Kerajaan Negeri akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi manifesto ‘Sabah Ubah’.

Mengenai majlis itu, Jaujan keterujaannya atas komitmen ketua-ketua cawangan Warisan yang dihadiri oleh Ketua-ketua Cawangan dan semuanya ini dalam peranan mereka dan ini ditunjukkan menerusi kehadiran mereka pada majlis itu.

“Saya amat berbangga dengan peningkatan keahlian yang kini sudah mencecah sepuluh ribu ahli dan hari ini kita juga menyampaikan sebanyak empat ribu kad keahlian Parti Warisan,” katanya.

Tambahnya, ini adalah salah satu cara bagi memantapkan parti itu di mana semua perlu berkhidmat kepada rakyat.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular