Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Shafie gembira prestasi Menteri  Persekutuan  dari Sabah 
Published on: Tuesday, August 20, 2019
By: Ottey Peter
Text Size:

Shafie gembira prestasi Menteri  Persekutuan  dari Sabah 
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menegaskan bahawa beliau gembira dengan prestasi Menteri-Menteri Persekutuan dari Sabah.

Menurutnya, sebagai Menteri Persekutuan, keutamaan mereka adalah negara dan adalah perkara biasa bagi mereka untuk membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Sabah dan kawasan masing-masing ketika mesyuarat-mesyuarat kabinet.

Beliau percaya bahawa Menteri-Menteri Persekutuan ada membangkitkan isu-isu untuk kebaikan negara secara keseluruhan, dan sudah tentu kepentingan Sabah akan mempunyai platform berbeza yang boleh dibangkitkan dalam jawatankuasa-jawatankuasa mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kami ada mesyuarat yang kerap dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, tapi saya tidak boleh bincang perkara itu kerana mesyuarat masih berjalan,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas merasmikan pembukaan sambutan Hari Kemerdekaan Sutera Harbour Marina and Country Club di sini, pada Isnin.

Beliau ditanya jika beliau gembira dengan prestasi wakil-wakil Sabah dalam Kerajaan Persekutuan dalam membangkitkan isu-isu mengenai Sabah.

Mohd Shafie juga berkata adalah penting bagi semua rakyat Malaysia untuk bekerja bersama-sama untuk membina negara ini, tanpa mengira perbezaan mereka.

“Saya fikir apa yang penting bagi kita ialah kita membina negara ini. Apapun perbezaan yang kita ada dari segi pandangan tidak akan menghalang kita, rakyat Malaysia, untuk bekerja lebih gigih.

“Apapun suara yang perlu kita bangkitkan, itu adalah untuk kebaikan negara ini,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here