Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Kami sedia hadapi sebarang kemungkinan: Shafie
Published on: Tuesday, August 20, 2019
By: Neil Chan
Text Size:

Kami sedia hadapi sebarang kemungkinan: Shafie
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata Kerajaan Negeri akan tunggu Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membuat pengumuman terlebih dahulu sebelum ia mengambil langkah seterusnya.

“Kami lihat keadaan. Mereka (pasukan peguam penyandang Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman) masih boleh merayu walaupun penghakiman telahpun dibuat oleh mahkamah. Jadi saya tidak mahu kata apa-apa sehingga ianya konklusif dan pengumuman telah dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Sudah tentu kami bersedia dengan apa juga kemungkinan.”

Ketika ditanya sama ada calon Warisan bagi Kimanis, Datuk Karim Bujang, yang bertanding menentang Anifah pada pilihan raya lepas, merupakan salah seorang calon dalam senarai pendek jika berlaku pilihan raya kecil, Shafie berkata mereka belum memutuskan siapa yang akan dicalonkan.

“Kami perlu senaraikan calon-calon berpotensi. Sudah tentu beliau (Karim) adalah salah seorang calon kami sebelum ini tapi kita akan lihat. Kami akan putuskan bila tiba masanya.”

Shafie berkata demikian ketika ditemui pemberita pada perasmian Simposium IT Sabah yang berlangsung selama dua hari di sini pada Isnin.

Acara itu dianjurkan bersama oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah dan Sabah.Net.

Ketika ditanya sejauh mana keyakinan beliau bahawa Warisan akan memenangi kerusi itu jika pilihan raya kecil diadakan, Shafie berkata mereka akan bertemu dengan rakyat di Kimanis.

“Kami akan bekerja keras. Kami tidak boleh terlalu yakin atau cepat berpuas hati, jadi kami perlu menemui mereka. Saya yakin jika kami bekerja keras, kami boleh jadikan ia kenyataan,” katanya.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here