Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Sabah juara keseluruhan
Published on: Wednesday, August 21, 2019
By: GL Oh
Text Size:

Sabah juara keseluruhan
KOTA KINABALU: Joffey Jolly mengetuai Sabah untuk menumbangkan juara bertahan Putrajaya bagi memenangi gelaran keseluruhan pada Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan 2019 anjuran Persekutuan Gusti Lengan Malaysia (MyArm) di Hotel Tan’Yaa, di Cyberjaya pada Sabtu lepas.

Mereka memenangi sejumlah 10 emas, 12 perak dan tujuh gangsa dan 61 mata yang dikumpul menyaksikan mereka mengatasi Putrajaya yang hanya mengutip sejumlah 48 mata dengan Sarawak di tempat ketiga dengan 31 mata.

Joffey menjadi wira pasukan Sabah dengan dua pingat emas, dan dia juga memenangi kategori terbuka Tangan Kanan Lelaki Senior.

Pemenang pingat emas Sabah ialah Alvian Ally (Tangan Kanan Junior 60kg), Micky Cheah Kok Fui (Tangan Kanan Junior B-21 70kg), Jonathan Junin (Tangan Kiri Junior B-21 +80kg), Frankie Petrus (Tangan Kanan Junior B-21 +80kg), Jolly Johnson (Tangan Kiri Master 90kg), Joffey Jolly (dua – Tangan Kiri Lelaki Senior 78kg, Tangan Kanan Lelaki Senior 78kg), Danneld Eku (Tangan Kanan Junior B-21 80kg), Esmond Ampilah (Tangan Kanan Master +90kg) dan Michael Ford (Tangan Kanan Lelaki Senior +105kg).

Timbalan Presiden Persatuan Gusti Lengan Sabah Jolly Johnson yang menjadi kapten pasukan gembira dengan pencapaian mereka.

“Saya sangat berpuas hati dengan kemenangan pada kejohanan kebangsaan itu, kerana kami berdepan dengan banyak halangan sebelum kejohanan, tetapi kami masih dapat membawa pulang gelaran tersebut.

“Sebenarnya, kami boleh memenangi lebih banyak emas tetapi beberapa atlet kami tidak dapat menyertai kerana kekangan kewangan.

“Atlet kami yang lain yang menyertai kejohanan itu terpaksa mengorek poket sendiri untuk membayar perbelanjaan sendiri kerana kami tidak mendapat sebarang sokongan kewangan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua atlet atas kejayaan itu. Mereka wajar dipuji kerana usaha dan pengorbanan yang mereka lakukan,” tambahnya. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here