Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


38 nelayan Vietnam didenda RM3.83 juta
Published on: Wednesday, August 21, 2019
By: Cynthia D Baga
Text Size:

38 nelayan  Vietnam didenda  RM3.83 juta
KOTA KINABALU: 38 nelayan Vietnam didenda sejumlah RM3.83 juta kerana melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Perikanan Malaysia 1985.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman kepada kesemua nelayan Vietnam itu selepas mereka mengaku bersalah secara berasingan kepada tuduhan terhadap mereka, yang dibacakan dalam bahasa Vietnam.

Terdapat empat kumpulan nelayan Vietnam yang melanggar Akta Perikanan Malaysia semasa menangkap ikan di perairan Malaysia.

Tiga juragan masing-masing didenda RM250,000 atau penjara lima bulan sementara 29 anak kapal masing-masing diperintah membayar denda RM70,000 atau penjara tiga bulan kerana menangkap ikan di perairan Malaysia secara haram.

Mereka melakukan kesalahan itu di dalam kapal-kapal di Timur laut Stesen Papa, di sini antara jam 3.35 petang dan 4.35 petang pada 21 Mei tahun ini.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (a) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan denda sehingga RM1 juta bagi juragan, dan sehingga RM100,000 bagi setiap anak kapal, jika sabit kesalahan.

Kumpulan pertama adalah juragan Nguyen Van Bay, 51, anak-anak kapal Truong Van Tho, 31, Nguyen Van Mung, 26, Nguyen Quoc Han, 45, Nguyen Van Muoi, 41, Le Tham Sat, 36, Tran Nguoc Hai, 50, Mai Van Minh, 48, Tran Duoc, 42, Truong Ngan, 35, Bui Van Linh, 25, dan Nguyen Van Vong, 31.

Kumpulan kedua adalah juragan Huynh Van Oanh, 33, anak-anak kapal Huynh Van Tien, 22, Huynh Van Hoanh, 40, Nguyen Van Son, 50, Le Trung Bun, 30, Pham Diem, 28, Nguyen Van Duc, 30, Bui Tam Giap, 34, Le Van Phu, 33, Bui Kim Anh, 32, dan Huynh Van Khanh, 37.

Kumpulan ketiga adalah juragan Nguyen Van Minh, 32, anak-anak kapal Nguyen Van Lau , 26, Le Van Quan, 24, Le Van Hoan, 40, Pham Dinh Trang, 20, Pham Vam Trung, 50, Nguyen Van Thanh, 47, Nguyen Van Nhan, 35, dan Nguyen Duy Phuc, 23.

Mahkamah juga mengenakan denda RM200,000 lagi atau penjara empat bulan kepada juragan kumpulan ketiga, dan denda RM50,000 atau penjara tiga bulan bagi lapan anak kapal kerana menggunakan kapal nelayan dengan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti.

Kesalahan itu terletak di bawah Seksyen 14(3)(b) Akta Perikanan 1985 (Akta 317) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(a) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan denda sehingga RM1 juta bagi juragan dan RM100,000 bagi anak kapal.

Peguam Hamida Ambo yang mewakili 32 warga Vietnam ini, meminta hukuman ringan dengan mengatakan anak-anak guamnya menyesali kesalahan mereka.

Dia memberitahu mahkamah bahawa semasa 32 nelayan itu direman, mereka mendapat tahu mengenai kesalahan mereka.

Sementara itu, bagi satu lagi kumpulan warga Vietnam, seorang juragan didenda RM200,000 atau penjara empat bulan dan lima anak kapal didenda RM50,000 atau penjara tiga bulan kerana menggunakan kapal dengan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti.

Mereka melakukan kesalahan itu pada pukul 4.40 petang 29 Julai tahun ini berdekatan Pulau Mandi Darah di perairan Pitas.

Kumpulan keempat adalah juragan Nguyen Van Hiew, 40, anak-anak kapal Tran Than Hvu Linh, 27, Nguyen Tan Duong, 29, Trinh Nhat Cuong, 21, Tran Van Trong, 28, dan Tran Van Cuong, 32.

Peguam Luke Ressa Balang yang mewakili kumpulan keempat meminta denda minimum kerana anak guamnya tidak mampu membayar denda lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Muhammad Fitri Wan Azizan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Dia berkata nelayan Vietnam itu telah mencerobohi perairan Malaysia dan tindakan mereka telah menjejaskan industri perikanan Malaysia serta keselamatan negara.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here