Dadah: Juruteknik pendingin hawa terlepas hukuman mati
Published on: Wednesday, August 21, 2019
By: Jo Ann Mool
KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 29 tahun dari Selangor, yang dihukum mati kerana mengedar 1,402 gram syabu, terlepas daripada hukuman gantung dan sebaliknya diperintah menjalani hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan rotan bagi tuduhan lebih ringan iaitu pemilikan.
Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Dato’ Seri Utama Tengku Maimun Tuan Mat, Tan Sri Azahar Mohamed, Dato’ Rohana Yusuf, Dato’ Abang Iskandar Abang Hashim dan Tan Sri Idrus Harun, pada Selasa sebulat suarat membenarkan rayuan Kho Kang Yau (gambar) terhadap sabitan dan hukuman matinya.
ADVERTISEMENT
“Sabitan dan hukuman di bawah Seksyen 39B(1)(b) Akta Dadah Berbahaya (ADB) diketepikan..kami menggantinya dengan sabitan di bawah Seksyen 12 (2) ADB dan menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan kepada perayu,” kata Tengku Maimun.
Kho diperintah untuk menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 6 Mac 2015.
Kho kelihatan sebak selepas mendengar keputusan itu.
Kho, ketika itu seorang juruteknik pendingin hawa, pada 23 Jun 2017 didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini dan dihukum mati kerana melakukan kesalahan itu pada pukul 11.15 pagi pada 6 Mac 2015 di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini.
ADVERTISEMENT
Kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya itu membawakan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 24 September 2018.
ADVERTISEMENT
Peguam dilantik, Ram Singh yang mewakili Kho, bersama dengan peguam Kimberly Ye, sebelum itu berhujah bahawa hakim perbicaraan berlaku silap apabila menggunakan kedua-dua tanggapan di bawah Seksyen 37(d) dan Seksyen 37(Da)(xvi) Akta Dadah Berbahaya untuk mensabitkan Kho kepada kesalahan mengedar.
Menyebut satu kes yang diputuskan baru-baru ini, Ram berhujah bahawa pendekatan yang bergantung pada dua tanggapan itu diputuskan sebagai salah oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut.
Ram memohon supaya sabitan Kho digugurkan dan memohon ia digantikan dengan sabitan pemilikan di bawah Seksyen 12(1) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta sama.
Semasa rayuan, Ram memohon hukuman penjara 15 tahun kerana Kho, yang berasal dari Puchong, merupakan pesalah kali pertama.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Abd Halim berhujah bahawa sabitan itu masih selamat berdasarkan fakta dan bukti langsung tanpa perlu menggunakan Seksyen 37(d) ADB.
Bagi hukuman, DPP Khairul memohon penjara 20 tahun dan 10 sebatan rotan, menambah julat tempoh penjara adalah antara 15 hingga 18 tahun tetapi berdasarkan berat dadah.