Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Banjir: Dua sekolah rendah di Tawau ditutup
Published on: Wednesday, August 21, 2019
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Banjir: Dua sekolah rendah di Tawau ditutup
TAWAU: Dua sekolah rendah di sini ditutup pada Selasa disebabkan banjir yang dianggap paling buruk pernah berlaku di daerah ini dalam tempoh hampir 10 tahun.

Pengarah Pelajaran Negeri, Mistirine Radin, berkata sekolah-sekolah itu adalah SK Serudong Baru dan SK Kuala Apas, kedua-duanya mempunyai bilangan 538 pelajar dan 55 guru.

Menurutnya, kelas-kelas di SK Pasir Putih, SK Blok 31, SK Batu 22 Jalan Balung dan SK Andrassy dibuka seperti biasa.

Mistirine berkata SK Serudong terpaksa ditutup kerana semua muridnya tidak dapat hadir selepas jambatan ke sekolah itu ditenggelami air.

Bagi SK Kuala Apas, katanya, 90 peratus bangunan sekolah itu ditenggelami air sehingga 1.5 meter di sesetengah kawasan.

Sementara itu, beberapa penempatan terjejas teruk oleh banjir. Kawasan-kawasan itu ialah Kg Pasir Putih, Kg Rawa-Rawa, Batu 2 dan kawasan sekitar, Kg Serudong Baru, Kg Tass Andrassy, Batu 15 Jalan Apas, Kg Kuala Apas dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tawau.

Satu insiden di Batu 14, Jalan Apas menyaksikan seorang lelaki berumur 60 tahun dan anak saudaranya, 12, bergayut pada  pokok kelapa sawit selama tiga jam apabila mereka terperangkap dalam banjir selepas cuba menyelamatkan lembu mereka. Mereka diselamatkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat pada jam 12 tengah hari, pada Selasa.

Di Kg Serudong Baru, sebuah rumah dihanyutkan oleh banjir.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Tawau, Kapten (PA) Hussain Mohd Noor, berkata 20 angotanya dikerah ke pelbagai lokasi yang terjejas teruk oleh banjir.

Sementara itu, Adun Merotai, Sarifuddin Hata berkata situasi banjir terkini itu menuntut pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Sg Tawau By Pass Pasir Putih Fasa V disegerakan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here