Mayat ditemui di Pulau Mengalum
Published on: Thursday, August 22, 2019
KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki ditemui di perairan Pulau Mengalum di sini, Rabu.
Penemuan itu dibuat oleh seorang kakitangan pelantar minyak berdekatan kira-kira pukul 7.40 pagi, yang memaklumkan polis bantuan di Menara Petronas.
ADVERTISEMENT
Polis kemudiannya dimaklumkan kira-kira 8.10 pagi. Mayat itu dipercayai seorang lelaki berumur lingkungan 40an, berpakaian kemeja-t hitam dan seluar pendek, menurut Ketua Polis Bandaraya ACP Habibi Majinji.
Tiada dokumen ditemukan. Habibi berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat itu dihantar untuk bedah siasat.
Dalam satu kes berasingan, sejumlah 28 orang, termasuk seorang wanita, dikumpulkan dalam satu operasi yang dijalankan di penempatan setinggan Telipok di Manggatal, di sini, Rabu.
Daripada jumlah itu, seramai 11 lelaki, berumur antara 17 hingga 64 tahun, ditahan selepas mereka diuji positif dadah, menurut Habibi.
ADVERTISEMENT Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Pasukan itu, yang terdiri daripada dua pegawai dan 33 anggota dari polis bandaraya, juga merampas 0.23 gram yang disyaki syabu bernilai kira-kira RM40.
Operasi lapan jam itu berakhir kira-kira 5 petang. – SJ