Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Hubungan lebih erat Sabah, Thailand: KM
Published on: Thursday, August 22, 2019
By: Anthea Peter
Text Size:

Hubungan lebih erat Sabah, Thailand: KM
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memupuk hubungan lebih erat dengan Thailand dari segi aktiviti perdagangan dan pelaburan yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan mempelbagaikan industri di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Sabah mengalu-alukan lebih banyak pelabur dari Thailand dengan adanya pelbagai industri dan sektor perniagaan di Sabah di mana kerjasama lanjut dengan Thailand dapat dibangunkan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah Kenny Chua, pada forum perdagangan “Bridging Trade and Investment Relations between Thailand and East Malaysia (Sabah)” di sini, Rabu.

Dalam usaha untuk merangsang jumlah dagangan di rantau Asean, kedua-dua kerajaan Sabah dan Thailand akan menyeragamkan prosedur dan tuntutan undang-undang agar usahawan dapat melakukan perniagaan dengan lebih mudah, kata Shafie.

Selain industri pelancong Sabah yang pesat membangun serta eksport komoditi utama termasuk sawit, hasil hutan dan minyak, Shafie berkata sektor automotif dijangka menjadi sumber hasil baharu bagi negeri ini.

“Industri pemprosesan kayu termasuk kayu gergaji, papan lapis dan venier juga dipromosikan untuk memanfaatkan kelebihan unik negeri ini yang kaya dengan sumber asli.

“Ini hanya beberapa contoh potensi perniagaan yang Sabah dan Thailand boleh lakukan dengan saling melengkapi kelebihan dan kekuatan masing-masing,” kata Shafie.

Sementara itu, Duta Thailand ke Malaysia, Narong Sasitorn berkata hubungan dagang Sabah dengan Thailand akan membolehkan negeri ini mencapai pasaran di luar Thailand.

“Kami telah memulakan kempen pembangunan infrastruktur baharu yang termasuk jalan, landasan kereta api, pelabuhan laut dalam dan lapangan terbang antarabangsa baharu.

“Koridor timur-barat dan utara-selatan kami akan memberi kamu (Sabah) akses segera ke Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam, malah wilayah-wilayah selatan China,” katanya.

Narong berkata kemudahan pelabuhan dan terminal Sabah, Lebuhraya Pan Borneo dan kepelbagaian dasar perindustrian dilihat sebagai pintu utama ke Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), yang merupakan pasaran 60 juta orang.

Beliau menambah, rancangan perpindahan ibu negara Indonesia ke Borneo akan menambah banyak dinamik perniagaan ke wilayah itu.

Narong berkata Thailand berhasrat untuk mengeksport alat ganti automotif, makanan organik, hasil tani bernilai tinggi dan bahan pembinaan ke Sabah.

“Dari Sabah, kami mahu mengimport akuakultur, perabot, produk kilang dan produk biokimia,” katanya.

Beliau menambah, selain perdagangan, Thailand boleh menyokong wawasan Sabah untuk menceburi penanaman buah, orkid dan pertanian.

“Kami di sini kerana kami percaya dalam potensi besar di Sabah selain potensi besar yang kita boleh capai bersama.

Kerajaan kita bekerja keras untuk menambah baik hubungan kami dan memastikan ekonomi kita lebih bersepadu,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here