Tue, 16 Apr 2024

HEADLINES :


Polis minta bantuan saksi kemalangan langgar lari
Published on: Friday, August 23, 2019
By: Mail Mathew
Text Size:

Polis minta bantuan saksi kemalangan langgar lari
TENOM: Polis meminta bantuan daripada saksi kepada satu kemalangan langgar lari yang menyebabkan seorang penunggang motosikal cedera parah di KM11 Jalan Tenom- Keningau berdekatan simpang ke Pulong Atas, pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah, DSP Hasan Majid mengenal pasti mangsa sebagai Binsu @ Mausai Ngasis, 56, yang cedera parah selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta berwarna putih dipercayai jenis Honda pada kira-kira pukul 3 petang.

Difahamkan bahawa penunggang motosikal itu sedang menuju ke arah Kg Naluyang di Tenom untuk menziarahi saudara yang baru saja meninggal dunia.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Tenom di mana dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi cawangan Polis Trafik Tenom atau hubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Jimmy pada 087-736211. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here