Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Orang luar terlibat dalam siri rompakan di perairan Tawau
Published on: Sunday, August 25, 2019
Text Size:

Orang luar terlibat dalam siri rompakan di perairan Tawau
TAWAU: Beberapa siri rompakan serta cubaan merompak di laut di perairan Tawau berdekatan sempadan Indonesia, dipercayai dilakukan orang luar yang merentas masuk dari sempadan negara jiran.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Hazani Ghazali berkata ia berdasarkan petunjuk yang diperoleh pihak berkuasa berhubung senjata yang diguna penjenayah sewaktu melakukan kegiatan rompakan.

“Kenapa saya cakap kegiatan (rompakan di laut) ini dilakukan (orang) dari negara jiran, ada sedikit petunjuk kita dapat, senjata yang diguna pakai itu hanya terdapat di negara jiran.

“Di Tawau, untuk tahun ini sahaja, ada dua kes dilaporkan (rompakan serta cubaan rompakan) dan ada (nelayan yang hampir jadi mangsa rompakan di laut) banyak tidak membuat laporan, mungkin kerana ada yang setakat cubaan (rompakan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Kembara Santai Esscom 2019 sempena sambutan bulan kebangsaan di Padang Kampung Inderasabah di sini, Sabtu.

Hazani berkata Esscom akan memperkasa kawasan keselamatan di pantai timur Sabah, termasuk Tawau.

“Bagi (kes rompakan di laut), ada perbincangan bersama ketua polis daerah, bahagian penguasa maritim serta agensi keselamatan lain untuk kita laksana operasi secara berterusan, selain elemen memperkasa pasukan di laut ,” katanya.

Pada Ahad minggu lepas, seorang nelayan warga emas cedera terkena tembakan di lengan kanan selepas cuba melarikan diri dari penjenayah rentas sempadan bersenjata dipercayai mahu melakukan rompakan di laut Tawau bersempadan Indonesia.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, 60 tahun bersama anak lelakinya, 27 tahun sedang menangkap ikan sebelum bot mereka dihampiri sebuah bot dinaiki tiga lelaki bertopeng.

Bagaimana pun cubaan rompakan gagal selepas mangsa memecut botnya tetapi salah seorang suspek melepaskan tembakan ke arah bot nelayan dan mengenai lengan mangsa.

Sementara itu, Hazani berkata lima pusat pemeriksaan di laut (SCP) akan diwujudkan di Zon Selamat Timur Sabah bagi menangani kemasukan pendatang asing dan penjenayah rentas sempadan selain membanteras penyeludupan. Katanya, penubuhan SCP itu masih menunggu kelulusan daripada kerajaan pusat dan negeri.

“Setakat ini kita ada dua Road Check Point (RCP) (pusat pemeriksaan daratan) di Kalabakan, Tawau serta Sapi Nangoh, Beluran dan pewujudan pusat pemeriksaan daratan ini berjaya menggagalkan banyak cubaan penyeludupan migran serta barang kawalan dan barang haram,” katanya lagi.

Program Kembara Santai Esscom itu disempurnakan Anggota Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew. – Bernama 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here