HEADLINES :





Dua didakwa salah guna  harta berjumlah RM34,000
Published on: Wednesday, September 11, 2019
By: Cynthia D Baga

KOTA KINABALU: Presiden sebuah persatuan dan seorang lagi lelaki didakwa menyalahgunakan harta berjumlah RM34,000.

Jismit Japong, 53, dan Mohd Hafiz Anuar, 35, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, terhadap dakwaan itu pada Selasa.

Kedua-dua mereka dituduh menyalahgunakan wang dari akaun peribadi Mohd Hafiz antara Mei 2012 dan Julai 2012 di Bank RHB, Bangunan KWSP, Jalan Karamunsing.

Mereka didakwa bersama di bawah Seksyen 403/34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun, dan sebatan atau denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 Oktober untuk pengurusan kes dan menawarkan ikat jamin RM5,000 dedipositkan oleh seorang penjamin tempatan, setiap seorang.

Mahkamah juga memerintahkan mereka melapor diri kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebual sekali dan pasport masing-masing, jika ada, disimpan oleh mahkamah sehingga kes mereka dilupuskan.

Mereka juga diberi amaran agar tidak berkomunikasi dan mengganggu mana-mana saksi pendakwaan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Mohd Faliq Basiruddin dari SPRM menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin tempatan beserta beberapa syarat dikenakan kepada mereka.

Bagaimanapun, peguam PJ Perira yang mewakili Jismit meminta jumlah jaminan dikurangkan, dengan berkata Jismit adalah presiden Pertubuhan Gagasan Ekonomi Bumiputera Sabah (PGEBS).

Perira juga berkata Jismit yang merupakan seorang ahli perniagaan, tidak mempunyai sabitan terdahulu selain kes ini, tambahan lagi sudah tujuh tahun selepas aduan dibuat dan anak guamnya tidak akan mengganggu saksi.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular