Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki bebas tuduhan edar 4,619g syabu
Published on: Friday, September 13, 2019
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Lelaki bebas tuduhan edar 4,619g syabu
KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 36 tahun pada Khamis dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan mengedar 4,619g syabu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nurchaya Hj Arshad membebaskan Muhd Zubir Sabtal daripada pertuduhan itu semasa sebutan kesnya susulan permohonan pendakwaan untuk menarik balik pertuduhan yang dibuat ke atasnya.

Timbalan Pendakwa Raya Nartiah Mirchelle F. Sambatan memaklumkan mahkamah bahawa terdapat perkembangan terbaru dalam kes itu dan beliau menerima arahan daripada ibu pejabat di Putrajaya untuk menggugurkan kes itu.

Zubir, yang menganggur, didakwa melakukan kesalahan itu jam 2.45 pagi pada 4 Januari, 2017 di bilik No. 502, Hotel Tang Dynasty Bay, di Kg Gudon, Teluk Sepanggar.

Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

Zubir diwakili oleh peguam Dominic Chew dan Luke Ressa Balang.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, 12 orang dikenakan hukuman kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.

11 daripada mereka – Md Zaini Nagai, Azman Alibin, Hamisah Barahim, Birhamin Jurumin, Mohamad Jahari, Herman Masrudin, Md Nazri Osman, Alawi Tawali, Norhazizah Anuali dan Yusmady Mohamad mengaku bersalah mengambil dadah di lokasi berasingan di sini pada Julai.

Nazri didenda RM2,000 atau lapan bulan penjara, Azman dipenjara llima bulan manakala yang selebihnya dipenjara enam bulan setiap seorang.

Azman dan seorang lagi lelaki, Khairul Anwar mengaku memiliki syabu. 

Azman dihukum penjara lapan bulan manakala Khairul didenda RM3,500 atau 12 bulan penjara.

Mengambil dadah di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau sehingga dua tahun penjara, jika sabit kesalahan, manakala memiliki syabu di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau hingga lima tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit melakukan pendakwaan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here