Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Indo akui jadi punca jerebu di Malaysia
Published on: Saturday, September 14, 2019
Text Size:

Indo akui jadi punca jerebu di Malaysia
Gambar hiasan.
Gambar fail dari Bernama.
JAKARTA: Menteri Alam Sekitar Indonesia, Siti Nurbaya Bakar mengakui asap daripada kebakaran hutan di negara itu mungkin sampai ke Malaysia.

Katanya, walaupun asap kebakaran hutan di Indonesia sudah merentas ke Malaysia, kebakaran yang dikesan, minggu lalu, di negeri Sarawak dan semenanjung Malaysia turut menyumbang kepada kualiti udara lebih buruk.

Beliau turut mendakwa Malaysia tidak memberikan gambaran objektif terhadap kebakaran hutan di pulau Sumatera dan kepulauan Borneo, Indonesia , sudah melanda kedua-dua kepulauan terbabit lebih sebulan.

“Saya minta supaya (Malaysia) objektif. Kalau data yang dibahas itu, Jumaat, sudah tentu berlainan situasinya.

“Kita harus ikut turutan dalam melihat dan mengolah data,” katanya, ketika menjawab kenyataan Malaysia yang menggunakan data terbaharu Pusat Meteorologi Khas Asean. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here