Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Jamilah Hancus dinobat juara
Published on: Wednesday, September 18, 2019
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Jamilah Hancus  dinobat juara
JAMILAH (kedua kiri), Darwin (ketiga kiri) dan Naina dan yang lain bergambar bersama Peter dan Baharullah serta wakil Pasaraya Besar Mydin dan Bonia Sandakan.
JAMILAH Hancus dinobatkan sebagai juara Pertandingan Akhir Bintang Patriot Sandakanfm 2019 yang berlangsung di Pentas Utama Pasar Raya Besar Mydin Sejati Ujana, Sandakan, Isnin lepas.

Jamilah yang bertanding dengan tujuh lagi peserta lain pada akhir itu membawakan lagu berjudul Bahtera Merdeka dan membawa pulang baucer bernilai RM500 daripada Mydin, wang tunai dan jambangan bunga.

Sementara naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang Mohd Darwin Dani yang membawakan lagu Negaraku dipopularkan Faizal Tahir dan Joe Flizzow manakala Naina Nasip dengan lagu berjudul Standing In The Eyes of The World.

Mereka masing-masing menerima baucer Mydin bernilai RM300 dan RM150, wang tunai dan jambangan bunga.

Mohd Darwin Dani juga memenangi kategori persembahan terbaik manakala Norshah Nozzy diumumkan sebagai peserta paling popular.

Kesemua hadiah kepada pemenang itu disampaikan oleh Ahli Majlis Tertinggi Upko merangkap Ketua Bahagian Upko Libaran, Peter JR Naintin bersama Pengurus Penyiaran Sandakanfm, Baharullah Baba.

Pertandingan Bintang Patriot Sandakanfm 2019 itu dilaksana dengan kerjasama Sandakanfm bersama Pasar Raya Besar Mydin Sejati Ujana Sandakan, UPKO Libaran dan Bonia Sandakan.

Sementara itu, ketika ditemui Media, Penerbit Pertandingan Akhir Bintang Patriot Sandakanfm 2019, Asnita Sulaiman berkata, selain mencungkil bakat, pertandingan itu juga dianjurkan untuk menyemarakkan lagi  semangat cintakan negara dalam kalangan belia menerusi nyanyian lagu-lagu patriotik.

Beliau merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat menjayakan pertandingan tersebut.

Selain Jamilah Hancus, Mohd Darwin Dani, Naina Nasip dan Norshah Nozzy, empat lagi peserta yang berentap pada peringkat akhir adalah Siti Saniatul Nazura, Mohd Sahzeri Jukri, Fauziana Yahya dan Awang Masran.

 

 JAMILAH (kedua kiri), Darwin (ketiga kiri) dan Naina (kiri) bersama lima peserta akhir pertandingan itu.

Ia turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh artis tempatan, Zuana Zulmat, sementara Dj Norkia Yusuf @ NY dan DJ Mohd Shafizan Latip @ Shaf merupakan hos pertandingan tersebut.

Antara acara lain yang diadakan di pasaraya itu termasuk kuiz kenegaraan dan pertandingan Pertandingan Busana Cilik Sayangi Malaysiaku antara lain.

Pertandingan Akhir Busana Cilik Sayangi Malaysiaku itu menyaksikan lebih 60 peserta cilik mengayakan busana unik masing-masing yang bertemakan warna Jalur Gemilang.

Program tersebut juga digamatkan dengan menampilkan dua pelakon rancangan Jangan Jugaa Arr Sandakanfm, si Indaa dan si Becce. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here