Tue, 16 Apr 2024

HEADLINES :


MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila  tiba giliran jadi PM
Published on: Wednesday, September 18, 2019
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila  tiba giliran jadi PM
ANWAR (keenam dari kanan) memotong kek bersama-sama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew serta pemimpin lain bagi memperingati ulang tahun ke-20 PKR Sabah.
Kota Kinabalu: Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji untuk memastikan hak-hak Sabah dan Sarawak yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan apabila tiba giliran beliau untuk menjadi Perdana Menteri (PM) Malaysia kelapan.

Menurut Anwar, beliau akan memastikan pelaksanaan berkaitan dengan hak-hak Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan mengikut MA63.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan berita baik di Kuching, Sarawak malam tadi (16 September) mengenai MA63 yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak.

“Ini (isu MA63 yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak) bukanlah masalah kecil tetapi ia telah lama tertangguh. Wujud kekurangan atau kelemahan (untuk pelaksanaannya) kerana janji itu tidak ditunaikan.

“Tun Dr Mahathir mengambil serius perkara ini dan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dengan menjemput Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk menjadi sebahagian daripada jawatankuasa penting supaya mereka boleh duduk bersama bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan hak dan tuntutan negeri masing-masing,”katanya.

Pada Selasa, akhbar ini melaporkan bahawa PM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bertekad untuk memulihkan status Sarawak dan Sabah sebagai rakan sekutu kepada Semenanjung Malaysia dalam Persekutuan.

Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa ini adalah sebab kenapa ia bentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 di Parlimen April lalu, walaupun ia gagal untuk tidak mendapat sokongan dua pertiga daripada Ahli Parlimen.

Oleh itu, Dr Mahathir berkata beliau berharap rakyat dan pemimpin kedua-dua negeri dapat melihat keazaman dan keikhlasan kerajaan persekutuan untuk meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung pada pembentukan Malaysia.

Anwar, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata demikian dalam ucapannya pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Serentak Keadilan Sabah dan meraikan ulang tahun ke-20 PKR Sabah di sini, Selasa.

Kira-kira 2,000 perwakilan dan penyokong bahagian PKR menghadiri acara itu di mana Anwar turut menerima 11,362 borang keahlian baharu untuk menyertai parti itu daripada wakil semua cabangnya di Sabah.

Anwar berkata tindakan yang diambil oleh PM juga menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) serius dalam merealisasikan komitmennya dan yakin bahawa rakyat Sabah dan Sarawak memahami bahawa apa yang telah dijanjikan akan dilaksanakan.

Beliau berkata PH telah memerintah negara selama 1 ½ tahun di peringkat Persekutuan dan dengan pakatan PH – Warisan  di Sabah, sudah tiba masanya untuk menunjukkan bahawa budaya politik pada masa kini telah berubah terutamanya kepada golongan muda.

“Wujud cabaran bagi kita iaituuntuk menang… tetapi kita harus ingat bahawa persepsi orang muda terhadap politik tidak bagus. Pada masa lalu, mereka sering menganggap politik sebagai kotor.

“Politik juga dianggap sebagai profesion yang tidak menarik dan tidak berkarisma dengan moral yang rendah di mana penghujungnya membenarkan cara. Matlamat dalam perjuangan ‘reformasi’ kita telah menjanjikan bahawa kita tidak akan membenarkan cara yang salah atau buruk semata-mata untuk untuk memenuhi matlamat. “Kami (ahli dalam PKR) boleh mengkritik atau menegur Presiden dan memberi pandangan mereka. Mereka mungkin bersetuju atau tidak setuju dengan kepimpinan parti tetapi mereka tidak harus sekali-kali mengkhianati parti dan kepimpinan,” katanya.

Mengenai pakatan Umno-Pas baru-baru ini dalam Himpunan Penyatuan Ummah 2019 pada Sabtu lepas, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata kerjasama politik bersama seperti itu bukan satu ancaman kepada PKR/PH dan ia juga bukan satu kejutan besar.

Ia sebab, beliau berkata, Umno dan Pas pernah menjalin kerjasama politik serupa pada awal 1970-an tetapi kemudiannya pada 1978, pakatan itu berakhir apabila Umno menyingkirkan Pas, dan sekarang, kedua-dua parti membuat satu lagi cubaan untuk memeterai kerjasama politiknya, Sabtu lepas.

Jika kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di sini kekal kepada dasar-dasarnya dan menjaga kesejahteraan dan kepentingan rakyat, meningkatkan pertumbuhan ekonomi, memastikan kualiti kesihatan dan pedidikan bagi rakyat, Anwar berkata beliau yakin bahawa tidak akan ada tempat bagi Umno dan Pas dan Barisan Nasional (BN).

“Saya mahu mengingatkan ahli-ahli bahawa PKR adalah sebuah parti berbilang bangsa dan kami percaya rakyat dengan pelbagai latar belakang termasuk di Sabah menentukan masa depan dan perubahan landskap politik di negara ini.

“Tugas saya adalah untuk mengingatkan saudara-saudari (dalam parti) supaya memegang ideal untuk sentiasa teguh dalam prinsip-prinsip kita untuk mempertahankan hak golongan miskin, kurang bernasib baik dan golongan terpinggir tanpa mengira warna dan kaum.

“Jika kita melihat seseorang ditindas sama ada mereka orang Melayu, Cina, Murut atau Kadazan, tugas kita adalah untuk mepertahankan haknya,” kata Anwar.

Sementara itu, Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew dalam ucapannya berkata PKR Sabah diwujudkan pada 8 September 1999 sebagai platform untuk rakyat Sabah berjuang dan mendukung perjuangan “Reformasi”.

Beliau berterima kasih kepada pemimpin “Reformasi” dan ahli dalam parti di Sabah yang bersabar dalam perjuangan parti selama 20 tahun sehingga parti akhirnya menjadi sebahagian daripada kerajaan Sabah baharu.

“Kita semua tahu bahawa kandungan utama perjuangan kami dalam parti adalah memastikan agenda ‘Reformasi’ dicapai dalam pentadbiran negeri baharu yang hanya berusia 1 ½ tahun.

“Dengan itu, saya menggesa semua memainkan peranan masing-masing pada semua peringkat untuk membantu kerajaan Sabah sekarang melaksanakan perubahan-perubahan yang kita perjuangkan selama ini,” kata Liew.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi PKR Sabah Awang Husaini Datuk Sahari merangkap Ahli Parlimen Putatan, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ketua Bahagian PKR Penampang Kenny Chua, wakil-wakil DAP Sabah dan Bersatu Sabah.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here