Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Sabah akan jadi negeri terkaya: PM
Published on: Wednesday, September 18, 2019
Text Size:

Sabah akan jadi negeri terkaya: PM
SESI dialog bersama Tun Mahathir (duduk kanan) dengan ahli-ahli PPBM termasuk Hajiji (duduk tengah) dan Datuk Seri Masidi Manjun (duduk kiri).
Kota Kinabalu: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bukan negeri paling miskin di Malaysia, sebaliknya negeri paling miskin adalah Perlis dan Kedah.

“Sabah akan menjadi negeri paling kaya dalam negara, sebaik sahaja minyak laut dalam mengeluarkan produk,” katanya.

Sekarang Sabah dan Sarawak sebenarnya lebih kaya berbanding banyak negeri di Semenanjung, katanya, sambil menambah Kerajaan mahu menekankan sesuatu yang Sabah dan Sarawak ada, kedua-duanya mempunyai tanah yang luas.

“Kami mahu memperbaharui dasar kita mengenai pertanian, untuk memiliki pertanian moden yang boleh memastikan rakyat di kawasan luar bandar juga menjadi kaya.

“Inilah apa yang say apernah katakan dahulu tapi saya tidak nyatakan dengan spesifik. Tapi ia adalah menenai tanah. Sabah dan Sarawak ada banyak tanah jadi mereka perlu membangunkannya dengan teknologi baharu,” beliau memberitahu pemberita selepas menghadiri satu majlis tertutup anjuran Sabah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa di sini, Selasa. Beliau sebelum itu ditanya jika ada ‘buah tangan’ untuk Sabah dalam Bajet Negara 2020, yang mana beliau kata tiada (kerana) ‘buah tangan’ itu hadir bersama-sama dengan yang lain “kerana kami mahu pastikan tiada perbezaan besar antara negeri.”

“Kita ada hutang RM1 trilion. Jika kita tidak bayar, kita akan bankrap. Jadi, kebanyakan daripada kutipan pendapatan kita digunakan untuk membayar hutang-hutang yang dibuat oleh Datuk Seri Najib (bekas Perdana Menteri)… itulah legasi Datuk Seri Najib.

“Kita tidak ada cukup wang dan kita mesti belanjakan dengan bijak. Itu bermakna, kita perlu menetapkan keutamaan. Bagi keutamaan tertinggi, kita ada wang dan bagi yang lain, mungkin kurang,” katanya.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Bersatu, diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali, melakukan lawatan rasmi sehari ke Sabah di mana pada sebelah pagi, beliau menghadiri satu pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan anggota-anggota Kabinet Negeri yang lain di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Pada sebelah petang, beliau mengadakan pertemuan dengan Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan pemimpin-pemain lain parti itu, sebelum kembali ke Kuala Lumpur.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here